TERKILANNYA GURINDAM JIWA

Saturday, May 4, 2024 at 6:27 PM

 

Terkilannya Gurindam Jiwa 


Terbenamnya mentari merah

Terhembusnya gunung berapi

Terlayunya sekuntum sakura

Terkulainya seekor lebah

Terpadamnya api keretek

Terhangitnya pulut panggang

Terbujurnya perwira perang

Terjatuhnya hukuman hakim

Terlanjurnya kemaksiatan nafsu

Tertipunya umat lemah


Oleh Jo Haq

4 Mei 2024

5:45 petang

Kelab Golf Negara Subang

MATI

Wednesday, May 1, 2024 at 10:57 PM

 

Mati


Angin bertiup sepoi sederhana

Terbau harumnya pohon kemboja

Dan berkicauan burung-burung rimba

Di situ tersedialah liang tanah merah

Dan terbujur insan itu bersahaja

Menunggu nisan batu waja

Dengan kain putih menutupi terlanjangnya

Anak-anak mengepal-ngepal tanah

Mengambus perginya cinta

Menitiskan butiran air mata

Dan mereka mampu menghadiahkan doa

Semoga insan itu sudah bersedia

Di dalam ruang sempit dan gelita

Bakal dipersoalkan amalan dunia

Setelah tamat tempoh nikmat dunia

Itulah juga pengakhiran kita

Kelak pasti akan kita terima


Oleh Jo Haq

1 Mei 2024

10:51 malam

Sungai Nibong


SUATU REKOLEKSI DAPUR ARWAH

Saturday, April 27, 2024 at 11:28 PM

 

Suatu Rekoleksi Dapur Arwah


Ikan Parang

Ikan Alu-Alu

Ikan Tenggiri

Kacang Kuda

Kacang Kelisa

Kacang Panjang

Ubi Kayu

Ubi Kemili

Ubi Benggala

Pisang Raja

Pisang Rastali

Pisang Berangan

Jambu Air

Jambu Batu

Jambu Mawar

Nasi Kandar

Nasi Lemak Lemuni

Nasi Durian Santan Ais



Oleh Jo Haq

27 April 2024

11:28 malam

Bukit Jelutong

HUTANG

Monday, April 22, 2024 at 10:35 PM

 


Hutang


Lemah longlainya kaki aku

Kusut serabainya kepala aku

Apabila dihitung hutang,

..... yang selama ini tidak diperlaku

Seribu hari puasanya tak tentu

Dan diabaikan pula rakaat dua ratus ribu

Belum lagi zakat yang beribu-ribu

Sempatkah lagi bila masaku sudah tepu?

Atau harus aku terus redah jalan berliku?

Membayar apa yang patut selagi laku

Oh! Tuhan, tenangkanlah hatiku yang pilu

Kerana aku terasanya sangat malu

Dengan Engkau aku mengaku

Layakkah aku menerima kurniaanMu?

DiberiNya anak syurga kepadaku

Yang akan menghulur tangan menarik jiwaku

Sedangkan dosa-dosaku penutup pintu

Dan aku naik saksi tidak sanggup juga aku,

..... untuk menahan panasnya nerakaMu



Oleh Jo Haq

22 April 2024

10:30 malam

Bukit Jelutong



MALAM YANG RENDANG

Wednesday, April 17, 2024 at 2:30 PM

 


Malam Yang Rendang


Awan malam bak pohon rendang

Tebarnya bagaikan bercabang

Dedaunnya segar dan kembang

Angan-angan aku pun melayang

Jauh ke Hospital Selayang

Cukup pantas masa disailang

Tau-tau 24 kali bulan berulang

Teringat insan yang aku sayang

Dia sudah pergi dan hilang

KepadaNya jua dia pulang

Tidak ditinggalkan pun bayang

Tidak pula diberinya peluang

Untuk aku membuat dia riang

Hidup ini terasanya amat kurang

Sehingga air mata titis terlinang

Aku harap dia sentiasa tenang

Dan tidak dibiarkan seorang

Berdoa aku dalam sembahyang

Semoga dia sudi kunjung datang

Di dalam mimpiku sebelum siang

Di kala malam awannya rendang



Oleh Jo Haq
15 April 2024
10:56 malam
Bukit Jelutong

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates