HIDAYAHMU

Sunday, December 27, 2020 at 11:25 PM


HIDAYAHMU

Siri Musafir X • Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2019 • Dakwat atas kertas 20cm x 15cm




HidayahMu


Di dalam alam semesta ini

Ku mencari keesaanMu

Di sebalik tirai hidupku ini

Ku masih tersungkur jatuh ke bumi

Berikan daku secebis kasihMu

Yang aku dambakan selama ini

Bersihkan hati hitam ku ini

Dari segala dosaku yang silam

Oh! Tuhansinarkan pada diriku

Cahaya destarMu itu

Oh! Tuhansingkirkan insan ini

Dari lembah kegelapan

Oh! HidayahMu itu

Membawa diriku kembali pada diri Mu

Oh! HidayahMu itu

Membawa ku pulang pada Mu

Di dalam buana indah ini

Ku berteman HidayahMu

Di sebalik awan tebal itu

Ku terbayang syurga indahMu

Berikan daku sedetik masaMu

Yang aku siakan selama ini

Agar dapatku menyuluh jiwa

Merubah nasibku ini


Jo Haq, Shah Alam 2019



 

SATRIA JAUHARI

Friday, December 25, 2020 at 4:56 PM

 

SATRIA JAUHARI

Siri Musafir X • Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2019 • Dakwat atas kertas 20cm x 15cm





Satria Jauhari


Kau meluru entah ke mana

Langsung

.. tiada peluang untuk dihenti

.. atau berpatah balik

Fitnah atau benar

Kau bingung bersimpang tiga

Membiarkan susunnya batu di nisan

Agar terbuka pintu musim

Agar bersinar kembali mimpi

Lompat!

Lompatlah masuk

Lompat!

Lompatlah keluar

Kau junjunglah berat dunia ini

Kau berpestalah tentang hidup



Jo Haq, Kuala Lumpur 2019



SELAT HARAPAN

Wednesday, December 23, 2020 at 1:35 PM

 

SELAT HARAPAN

Siri Musafir X • Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2019 • Dakwat atas kertas 20cm x 15cm




Selat Harapan


Angin kencang tiada sedar

Habis dirobeknya layar-layar

Habis diragutnya ombak liar

TapiNakhoda masih gigih

Walau dilempar hujan batu

Walau diherdik pelayar tua

Di jiwanya

"Aku mesti selamatkan"

Selamatkan bahtera ini

Selamatkan pelayaran ini

Selamatkan maruah ini

Ya Illahi,

Berikanlah Nakhoda

Secangkir semangat

Pembakar perasaan

Penebus dosa

Untuk melangkah terus dengan harapan

Untuk kemudi cermat di samudera gelora

Gerbangkanlah layar di angin baru

Relakanlah korban yang jatuh ke laut

Mujur-mujur,

Langit hitam kembali cerah

Dan bersinarnya api di menara

Membawa kami pulang ke selat

Bersama harapan



Jo Haq, Shah Alam 2019



KE MANA MENGHILANGNYA DR. ZAMRI?

Monday, December 14, 2020 at 6:41 PM


KE MANA MENGHILANGNYA DR. ZAMRI?

Siri Musafir X • Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2018 • Dakwat atas kertas 20cm x 15cm




Ke Mana Menghilangnya Dr. Zamri?


Sang mentari terbit di ufuk timur

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Rembulan sudah bersinar penuh

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Pepohon buluh rakus menakluk sepadang tanah

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Teratai layu jatuh terjuntai lemah

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Anak berudu sudah melompat keluar dari kolam

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Kulat di roti sudah menghijau subur

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Anak dara Pahang sudah dipinang

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Beluncas hina kini rama-rama gah narsistik

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Sang bunian sudah kembalikan Elvis

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Ke mana menghilangnya Dr. Zamri?

Suatu persoalan misteri



Jo HaqKelana Jaya 2018



HAPPY BIRTHDAY

at 12:27 AM

HAPPY BIRTHDAY

Happy birthday to you … 
Happy birthday to you … 
Happy birthday to you? 
Whatever for? 
For surviving yet another year? 
A year of your pathetic life? 
And why don’t you look back? 
Look back in anger 
For you will find irritation 
You will find sorrow 
And when a yardstick is dipped 
Your eyes will dilate 
Shocked by your inadequacies 
Justifying your mid-life crisis 
 Making you weep like a creep 
Like a motherless child 
Longing the comfort of her breasts 
And all you can do, 
…. is just hide in solitude 
In your sanitarium of self pity 
Singing to yourself, 
“Happy birthday to me ….. “


By Jo Haq
14 December 2020
12:26 am
KL Eco City
Buanaseni Studio




MANIFESTO PENULIS

Sunday, December 13, 2020 at 11:30 PM

MANIFESTO PENULIS

Sejujurnya
Aku ini serba tidak sempurna
Penuh dengan konflik
Berhadapan dengan dilema
Bergelumang dengan dosa
Bermurungan dengan melankoli
Atas beban-beban inilah
Aku menghayati erti dan makna
Maka terjadilah suatu manifestasi
Suatu pengkaryaan odisi kontemporari
Dan luahan naluri yang ‘chaotic’
Terkadangnya gah dan bongkak
Tetapi selalunya sekadar jeritan hati
Aku bukan mahu pun perhatian
Ataupun tepuk sorak di alam maya
Aku cuma mahu berkarya
Untuk diri sendiri
Untuk kewarasan
Seperti kata Ramli,
“Aku menulis bukan kerana nama”


Oleh Jo Haq
13 Disember 2020
10:28 malam
KL Eco City
Buanaseni Studio




DURJANA KAU EBI

at 4:37 PM

DURJANA KAU EBI

Hoi! Ebi
Kau, kau, kau durjana!
Mengapa kau bersembunyi?
Mengapa kau hilang lesap?
Mengapa kau menidakkan kami? 
Marhain membutuhimu
Rakyat menunggu kamu
Azali (mungkin) sudah mencatatkanmu 
Sesungguhnya kaulah epitomi bapa
Pembuka minda yang hiba
Perawat jelata yang nestapa
Kaulah sumbu Zippo yang menyala
Kaulah hirupan cuppucino pembuka mata
Kaulah segalanya
Tetapi kau mengecewakan semua
Sedarilah Ebi,
"You are 'ebirything' to us"

Oleh Jo Haq
13 Disember 2020
4:29 petang
Desa Sri Hartamas
Buanaseni Studio




EMANSIPASI JIWA

at 1:47 PM

EMANSIPASI JIWA

Hilanglah fatamorgana .....

Oleh Jo Haq
13 Disember 2020
1:34 tengahari
Desa Sri Hartamas
Buanaseni Studio




SAMPAN, SUNGAI DAN LANGIT BIRU

Saturday, December 12, 2020 at 2:52 PM

SAMPAN, SUNGAI DAN LANGIT BIRU

Satu! Dua! Tiga!
Lari! lari!
Mana kau mau lari syaitan?
Pecutlah kau sekuatnya
Berkayuhlah wahai marhain
Sehingga anjing itu kelelahan
Ketinggalan ia di belakang
Menggoyangkan ekornya yang riang
Kawan, kau singgahlah di pinggir sungai
Kau ambillah nafas yang hilang
Kau teguklah air yang suam
Sementara itu,
Kau nikmatilah keindahan alam
Kebiruan langit yang mistikal
Kehijauan fauna yang kekal
Dan kau renungkanlah
Kemiskinan kaum yang bersampan
Kedaifan puak yang setinggan
Nescaya apa yang kau fikir kurang
Tiada siknifikasinya lagi
Apabila kau di dalam kesyukuran
Dan dipeluk keredhaan


Oleh Jo Haq
12 Disember 2020
2:06 petang
KL Eco City
Buanaseni Studio




JOE BUGNER AND MUHAMMAD ALI

at 9:51 AM

JO BUGNER AND MUHAMMAD ALI

Twins in Red
They ate wings and steaks
Gulping tea and shakes
Smoking bloody cigarettes
Talking about their fate
Bitching whom they hate
Like a lifelong mates
And they felt great
And that is all to be said


By Jo Haq
12 December 2020
2:00 am
Subang USJ 
Buanaseni Studio



SAMPAI

Friday, December 11, 2020 at 8:28 PM

SAMPAI

Kau fikir kau sudah sampai?
Sampai ke mana?
Ke bulan bintang?
Ke hujung Bima Sakti?
Kau belum sampai kawan
Kau kencing
Hancing!
Kau fikir kau sudah tiba?
Tiba di mana?
Di akhir penghayatanmu?
Di pelusuk ketenanganmu?
Kau belum tiba teman
Kau setakat gebang
Temberang!
Kau fikir kau sudah tinggi?
Tinggi takat mana?
Tinggi Gunung Jerai?
Tinggi langit tujuh?
Kau belum tinggi sahabat
Kau angan-angan
Berangan!


Oleh Jo Haq
11 Disember 2020
8:21 malam
KL Eco City
Buanaseni Studio




SYURGA DI BUMI

at 5:32 PM

SYURGA DI BUMI

Dari langit kita turun
Kepada langit kita berampun
Dalam diri kita berahsia
Di bahu kiri hilang rahsia
Mungkin diri tidak sempurna
Tetapi hati harus mencuba
Di hasut nafsu jiwa ini
Semoga hidayah menghadiri
Bertawaf khusyuk sampai tujuh
Bertapak jauh ulangnya tujuh
Bercukur buang sampai licin
Agar naluri sejuk dan dingin
Ziarah hormat rendah diri
Berteguk air telaga hakiki
Berdoa malu hasrat bertanya
Bilakan lagi aku dijemputNya
... ke Syurga di Bumi


Oleh Jo Haq
11 Disember 2020
5:28 petang
Kuang
Buanaseni Studio




PERNAFASAN

at 1:16 AM

PERNAFASAN

Bernafaslah
Bernafaslah udara yang berselubung
Jangan disegani apa yang diendahkan
Pergi
Pergi tetapi jangan menghilang
Lihatlah di sekeliling
Dan pilihlah sejengkal tanahmu
Untuk engkau berlindung
Dan terbang tinggi
Maka setiap senyum dan tangismu
Dan setiap sentuhan dan penglihatanmu
Itulah hidupmu sehakikatnya
Lari
Larilah arnab
Engkau galilah lubang di tanah
Agar dapat kau lupakan mentari
Apabila akhirnya semua selesai
Jangan kau cangkung berehat
Kerana perlu kau menggali, lagi
Sepanjang hidupmu
Setinggi terbangmu
Asalkan kau menunggang arus
Sebolehnya di ombak-ombak besar
Berlumba untuk ajal yang awal


Oleh Jo Haq
11 Disember 2020
1:04 pagi
KL Eco City
Buanaseni Studio




NASI LEMAK TIPAH

Wednesday, December 9, 2020 at 10:34 PM

NASI LEMAK TIPAH

Bang, Tipah tertipu
Nasi Lemak Tipah tak sedap
Tak rasa lemak pun
Tak rasa santan pun
Bang, Tipah tertipu
Nasi Lemak Tipah tak "kaw!"
Sambal dia sejemput je
Ikan bilis dia tiga ekor saje
Bang, Tipah tertipu
Nasi Lemak Tipah mengarut
Telur rebus dibaginya suku
Kacang goreng hangit hitam
Bang, Tipah tertipu
Nasi Lemak Tipah "Fail!"
Dah lah kecik segenggam
Timun berlungguk buat apa?
Bang, Tipah tertipu
Ni bukan Nasi Lemak
Orang yang jual ni penipu
Orang yang jual ni berdosa


Oleh Jo Haq
9 Disember 2020
10:25 malam
KL Eco City
Buanaseni Studio




I WANNA GET OUT

at 10:23 AM

I WANNA GET OUT

I wanna get out
Out of this city
The city of madness 
Where men behave like pigs
Where women cares only for their looks
Where kids stare at screens
I wanna get lost
Lost away from society 
The society of lunatics
Where money becomes god
Where courtesy is replaced by rudeness
Where perception defeats reality
I want enlightenment
Up above in the 7th heaven
Purifying this damned soul
Where darkness has resided
Where greed has conquered
Where humility has disappeared
I wanna get out
Will somebody show me the damn door?


By Jo Haq
9 December 2020
10:13 am
Brickfields
Buanaseni Studio




TUHAN YANG TAHU

Monday, December 7, 2020 at 1:25 AM

TUHAN YANG TAHU

Tiba-tiba hujan pun turun
Membasuh duka yang terhimpun
Dari langit, Dia melihat
Manusia kerdil lemah semangat
DihantarNya angin merdu
Bersiulan bagaikan perindu
Maka wujudlah senyuman
Dan berkilaulah emas sulaman
Di tangan ini ada dedalu
Mungkin ke tanahlah ianya perlu
Agar tumbuh anak-anak harapan
Sebagai tunas masa hadapan
Berat di bahu sebak di hati
Jika tak mampu tak akan di beri(Nya)
Lemah di kaki kusut di dahi
Setakat mampu kita redhai


Oleh Jo Haq
7 Disember 2020
1:15 pagi
KL Eco City
Buanaseni Studio




HUMILITY

Sunday, December 6, 2020 at 2:08 PM

HUMILITY

A gift wrapped in a newspaper
A strum with a broken string
A bungalow with a Kancil
A silver necklace on a fair neck
A B-cup on a lady's breasts
A dollar for a beggar
A pot of curry to a neighbour
A tear drop for a friend's misfortune
A silent response to an anger
A handshake for a disagreement
A space for an uninvited opinion
A smile to a total stranger
A small laugh for a crappy joke
A thank you for nothingness
A demonstration of patience
A swallow of pride


By Jo Haq
6 December 2020
10:33 am
Damansara Utama
Buanaseni Studio




LIDAH

Tuesday, December 1, 2020 at 8:51 PM

LIDAH

Lidah yang berkata-kata 
Yang enak manis halua
Dan juga yang sinis berlada 
Yang ramah dan mesra 
Dan juga celupar puaka 
Lidah yang berbisik-bisik
Yang melafaz asmara merisik
Dan juga benci tak tertarik
Yang melaung puisi dan lirik
Dan mendendang lagu listrik
Lidah yang terkawal teliti
Yang mengucap syahadah Illahi
Dan mengaji sebutan mat asli
Yang merasa pedasnya cili
Dan juga kemanisan sejati
Lidah yang terkadangnya kelu
Yang terguris hati ianya beku
Dan mencair menjadi sendu
Yang bersuara nadanya pilu
Dan perasaan menjadi rindu
Lidah
Yang padat, padu lagi jitu


Oleh Jo Haq
1 Disember 2020
8:40 malam
Kuala Lumpur
Buanaseni Studio




WHATCHA UP TO JOE?

Saturday, November 28, 2020 at 8:32 PM

WHATCHA UP TO JOE?

Hey Joe! Where are you going?
I want to fly
Fly to the sky
And pluck the stars
I want to look down on Earth
And listen to the whispers of souls
The endless saga of man and their lives
... their screwed up lives
Hey Joe! What do you want to do?
I want to run
Run to the end of land
And grab all the flowers
I want to gather all the miserable bees
And give them the nectar they want
The sweet honey big mama couldn't give
... making their head crazy
Hey Joe!
When do you intend to do (that)?
I want it now
When Mercury faces Venus
And when the eclipse is yet to come
I want to beat the last grain of sand
And not wait for the hour glass to be empty
The emptiness no one should bear
... while time still permits


By Jo Haq
28 November 2020
8:19 pm
Shah Alam
Buanaseni Studio




KILL JOY JOE

Friday, November 27, 2020 at 7:31 PM

KILL JOY JOE

Ahhh! Joe
Don't be a kill joy
After all, what is life
... if nothing can be funny?
Do you drown yourself 
... in an ocean? 
Or you'd rather surf the waves?
Ahhh! Joe
You cannot take a joke?
Perhaps the angels will
For they know that God, 
... created feelings, 
... and feelings include amusement
Ahhh! Joe
Lighten up a bit
Let your mouth wide open
Laugh until you cry
And make this moment
A joyous one
Ahhh! Joe
Please don't be a kill joy


By Jo Haq
27 November 2020
7:10 pm
KL Eco City
Buanaseni Studio




PERPISAHAN NOVEMBER

at 12:25 AM

PERPISAHAN NOVEMBER

Setibanya suatu pengakhiran
Bagaikan nokhtah penutup
Sebuah cerita kembara
Perjalanan hidup berliku
Yang bertemu simpang buntu
Selaman dalam ini tersesak
Umpama nafas yang dipasak
Maka wujudlah titik hitam
Merompak ketenangan
Mengabur kewarasan
Memadam warna gemilang
Di pengakhiran ini
Bertakhtanya tidak sakinah hati
Berkunjung tidak hening sejati
Namun tiada kudrat di hati
Untuk berlangkah
Untuk mengorak
Bacaan muka surat baru
Nukilan kisah hala tuju
Contengan ekspresionisme
Dan nyanyian irama merdu
Yang tinggal
Hanya syahdu dan sendu


Oleh Jo Haq
27 November 2020
12:17 pagi
KL Eco City
Buanaseni Studio




MATAHARI BELUM TERBENAM

Wednesday, November 25, 2020 at 7:41 PM

MATAHARI BELUM TERBENAM

Hari ini Liza balik
Dia balik awal
Di bibir senyum lebar
Hari ini, 'Yesssss!'
Liza balik awal!
Matahari pun belum terbenam
Di lubuk hati Liza,
Dia berkata-kata,
"Persetankan kerja!
Aku mahu balik.
Aku mahu sembang dengan 'boy friend'.
Aku mahu tonton Netflix. 
Aku mahu makan KFC."
Liza balik awal hari ini
Liza senang hati


Oleh Jo Haq
25 November 2020
7:28 malam
KL Eco City
Buanaseni Studio




DARI MANA?

Tuesday, November 24, 2020 at 1:36 PM

DARI MANA?

Dari bumi ke langit
Dari malam ke siang
Dari benih ke pokok
Dari nenek ke cucu
Dari miskin ke kaya
Dari sakit ke pulih
Dari buruk ke cantik
Dari jahil ke insaf
Dari kotor ke suci
Dari lara ke bahagia
Dari benci ke cinta
Semuanya dari Dia


Oleh Jo Haq
24 November 2020
1:31 tengahari
Brickfields
Buanaseni Studio




THINK

at 11:06 AM

THINK

Think all you want
Use all your time
Let that sand drop forever
You and your life
Ain't a bearing to dive
Rush if you want
Like a freaking horny goat
Or procrastinate if you wish
Like a pond full of dead fish
Tick Tock Tick Tock
The clock is ticking
If you are done thinking
Stop mesmerising
If you are compulsive of a king
Your rook shall sink
Drowned in the mosaic of life
A life worth the thinking
Or not,
You decide

By Jo Haq
24 November 2020
10:54 am
Brickfields
Buanaseni Studio




UNGU

at 10:04 AM

UNGU

Ungu, dia terbang ke bulan
Melarikan diri dari hutan
Hutan batu yang beban
Di hutan banyak setan
Ungu tidak hairan
Manusia tidak sopan
Habis tamak disimpan
Dirobeknya hutan simpan
Berkeliaranlah semua cipan
Ungu, dia lari nun jauh ke bulan


Oleh Jo Haq
24 November 2020
10:00 pagi
Brickfields
Buanaseni Studio




NALURI SENIMAN

Monday, November 23, 2020 at 1:20 AM

NALURI SENIMAN

Seniman itu
Lain dari yang lain
Di nalurinya bersendirian
Berselimut dengan pendirian
Dan berpandangan
Seniman itu
Tidak mengharap duniawi
Hanya berbicara dengan diri
Hanya berbisik dengan hati
Agar bermenifestasi
Seniman itu
Tidak menghirau jua
Dia merasakan zat maya
Menyejat dan menyerap sahaja
Kemudian membongkar belaka
Seniman itu
Dari mindanya dihampar
Dari lubuk fikirannya dipapar
Menggembur firasat celupar
Sehingga makna terlempar
Seniman itu
Bukan hasratnya sinis
Di kebun jiwa hidupnya manis
Kepompongnya mungkin mengemis
Tapi pasti nanti bermetamorfosis
Seniman itu
Hanya mahu berkarya
Sejujurnya seikhlasnya


Oleh Jo Haq
23 November 2020
1:07 pagi
KL Eco City
Buanaseni Studio

 

MILIK DIA

Sunday, November 22, 2020 at 12:44 PM

MILIK DIA

Hari ini sungguh indah
Matahari bersinar cerah
Langit biru dan awan berkepul
Burung merbah berkicauan
Pohon sakura berbunga lebat
Ikan di kolam menari sakan
Hati ini pun ada tenang
Kisah hidup semakin cekal
Rezeki sederhana tetapi cukup
Anak-anak pun tersenyum riang
Dan luka di tangan sembuh pulih
Di sebalik bayang ada kerdipan
Jika ditenung, ianya harapan
Cuma perlu penghayatan
Yang dunia ini milik Dia


Oleh Jo Haq
22 November 2020
12:37 tengahari
Damansara Utama
Buanaseni Studio




THE WINDOW IS OPEN

Saturday, November 21, 2020 at 1:48 AM

THE WINDOW IS OPEN

Thirty first floor up in the sky
The wind blows gently
The window is open
The night is silence
Far away at the horizon
A storm is brewing
But I ain't care for its brutality
Puffing away the burning cloves
Into a somersault of a dance
Standing on a weighting scale
The bloody index is blown
The kettle shrieks a whistle
Ready to soak a soursop leaf tea
The milk has gone expired
And the banana has gone black
The clock strikes one
But tomorrow is free
Screw the neverland 
As the stares fix to the clouds
And the air caresses the eyelids
As the wind blows in
When the window is open
For the world to sing
A song of tomorrow


By Jo Haq
21 November 2020
1:39 am
KL Eco City
Buanaseni Studio




BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates