(SELAMAT TINGGAL 2012)
ZEPPELIN, BAWALAH PERGI HANTU (SELAMAT TINGGAL 2012)
Thursday, April 30, 2020
at
6:58 PM
| Posted by
Johan
ZEPPELIN, BAWALAH PERGI HANTU
(SELAMAT TINGGAL 2012)
(SELAMAT TINGGAL 2012)
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2013
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
Zeppelin, Bawalah Pergi Hantu
(Selamat Tinggal 2012)
Aku melangut
Meminjam sinar bahang bintang
Sekadar merasai perlindungan di dalam lena
Menusuk ke aras jiwa
Menggembur ilham
Merampas seni alam
Mana dia?
Mana Zeppelin ciptaan Dato' Yang Berhormat?
Ia harus tiba
Ia harus angkat kambing ke udara
Ia harus persetankan gembala
Acara perlu tukar
Acara perlu progresif
Buanglah hantu-hantu lama
Tabalkanlah keagungan hidup
Dengan cara-cara yang memberangsangkan
Aku melangut
Melambai perginya ortodoks
Menoleh k earah kejayaan
Menyulam suatu mimpi
Yang aku harap dikurniaNya
Insya-Allah
Kita Selamat
Jo Haq, Shah Alam 2013
Posted In Ink, Poem (Malay) | 0 comments |
PUSARA ZAMAN
at
4:59 PM
| Posted by
Johan
PUSARA ZAMAN
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2007
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
Pusara Zaman
Pusara Zaman pusara tamadun
Manusia alpa
Kerana rakus membolot dunia
Apa yang ada tanpa kesedaran
Hanya padang kontang
Yang ditakluk unggas
Unggas durjana
Orang kita kononnya gah
Tapi,.....
Orang kita lakonannya bah
Ditelan zaman
Ayuh kawan
Ayuh kontemporariku
Mari kita laungkan semangat dulu
Semangat bara teman-teman
Semangat syair yang dipinta dulu
Yang kini hanya berbekalkan
Satu azam
Untuk kesinambungan
Kita
Orang kita
Sejagat kita
Dan meluputkan
Persoalan
Pusara zaman
Manusia alpa
Kerana rakus membolot dunia
Apa yang ada tanpa kesedaran
Hanya padang kontang
Yang ditakluk unggas
Unggas durjana
Orang kita kononnya gah
Tapi,.....
Orang kita lakonannya bah
Ditelan zaman
Ayuh kawan
Ayuh kontemporariku
Mari kita laungkan semangat dulu
Semangat bara teman-teman
Semangat syair yang dipinta dulu
Yang kini hanya berbekalkan
Satu azam
Untuk kesinambungan
Kita
Orang kita
Sejagat kita
Dan meluputkan
Persoalan
Pusara zaman
Jo Haq, Shah Alam 2007
Posted In Ink, Poem (Malay) | 0 comments |
SYAWAL DI PERANTAUAN
at
3:51 PM
| Posted by
Johan
SYAWAL DI PERANTAUAN
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2005
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
Syawal Di Perantauan
Aku masih di kantor
Memetik butang-butang ‘komputer’
Membeliakkan biji mata
Bekerja di perantauan
Kawan-kawan di kampung masih lagi cuti
Berhari-raya
Berperang meriam buluh
Beratah rendang dan pulut kacang
Aku sesal
Kerna tidak menghargai semua
Kini aku sebak dan terharu
Akan perhargaan kawan dan keluargaku
Jika diizinkan kembali
Ingin aku ruangkan masaku
Bersama kawan-kawan dan keluarga
Bersama isteri dan anak comel
Bersama bangsaku yang riang-ria
Tapi apakan daya?
Aku masih di perantauan
Bertemankan sunyi dan sepi
Dan hanya mampu memohon maaf
Melalui emel yang ringkas
Jo Haq, London 2005
Posted In Ink, Poem (Malay) | 0 comments |
'GENG'KU
Wednesday, April 29, 2020
at
6:20 PM
| Posted by
Johan
'GENG'KU
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2005
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
'Geng'ku
'Geng'ku,
Yang jauh merentas benua
Semakin hari semakin berkembang
Anak didikmu yang belum daku kenal
'Geng'ku,
Apakah kata-kata
Dan apakah gurindam indah
Yang mulia untukku abadikan?
'Geng'ku,
Gumbira citrarasa (setiapmasa)
Umpama anak Negrito kecil
Bermain-main dengan tenuk di hutan
'Geng'ku,
Hidup penuh dengan makna
Menuju puncak ahram
Mancapai destar kegemilangan
'Geng'ku,
Hanya kenangan yangku punya
Untuk masa ini
Memenuhi dairi nostalgiaku
'Geng'ku,
Sampainya hatimu
Berpesta riuh dan ria
Tanpaku disisimu
Jo Haq, London 2005
Posted In Ink, Poem (Malay) | 0 comments |
KOTARAYA
at
5:02 PM
| Posted by
Johan
KOTARAYA
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2001
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
Kotaraya
Seribu janji dan harapan
Penyuluh nasib insan–insan
Yang memanjat berkali–kali
Setelah kecundang acap kali
Kotaraya
Tempatnya jaya, kaya dan raya
Berwajah ma’nikam menghiasi jiwa
Hampir semua turut menarik
Apa yang patut dicapai saja
Resah gelisah ayah dan bonda
Menuai padi menangkap sepat
Terkenangkan anak di rantauan
Yang memanjat di Kotaraya
Seribu janji dan harapan
Ada yang jaya, ada yang musnah
Tempat jaya, kaya dan raya
Kotaraya yang menjanjikan
Hampir semua turut menarik
Apa yang ada
…..cukup untuk hidup
Penyuluh nasib insan–insan
Yang memanjat berkali–kali
Setelah kecundang acap kali
Kotaraya
Tempatnya jaya, kaya dan raya
Berwajah ma’nikam menghiasi jiwa
Hampir semua turut menarik
Apa yang patut dicapai saja
Resah gelisah ayah dan bonda
Menuai padi menangkap sepat
Terkenangkan anak di rantauan
Yang memanjat di Kotaraya
Seribu janji dan harapan
Ada yang jaya, ada yang musnah
Tempat jaya, kaya dan raya
Kotaraya yang menjanjikan
Hampir semua turut menarik
Apa yang ada
…..cukup untuk hidup
Jo Haq, Bandar Sunway 2001
Posted In Ink, Poem (Malay) | 0 comments |
PAWAKA INDAH
Sunday, April 26, 2020
at
5:11 PM
| Posted by
Johan
PAWAKA INDAH
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2000
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
Pawaka Indah
Merah terserlah
Api yang membakar
Api-api yang menyala
Memuntahkan sinar
Yang menyelubungi
Aura saujana
Menyuluh jauh berbatuan
Menyerah nasib di pinggiran
Menghambakan kewujudan
Zat kuasa kehangatan
Biru menyeru
Pawaka Indah
Berkayu-apikan
Emas hitam
Berkronikan sahabat
Sang Pawana Durjana
Menyerah nasib di pinggiran
Emas hitam, Hai! Pengiran
Pawaka Indah
Menyala sudah
Pawaka hati
Bersuara sudah
Tanah gersang disimbah bah
Perintah songsang dicemari gah
Merah terserlah
Terserahlah
Jo Haq, Kerteh 2000
Posted In Ink, Poem (Malay) | 0 comments |
DI PAGI NOVEMBER
at
3:03 PM
| Posted by
Johan
DI PAGI NOVEMBER
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2000
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
Di PagiNovember
Langit tidak rendah
Hitam dan kelabunya
Menusuk kalbu
Sambil mencurahkan kasih
Walaupun menghancurkan
Titisan air yang ganas
Mencakar dan merogol
Semangat insan- insan
.....dan musafir hina
Yang kembaranya
Suci dan jujur
Tabah dan ikhlas
Ombak tinggi
Yang kini bermerah pasir
Di pinggiran teluk
Mencabar nelayan
Yang meredah samudera dan badai
Bertawakallah mereka
Di pagi November
Jiwa-jiwa di Pantai Timur
Menangis dan bersedih
Di pagi November
Penghuni pantai purba
Berkata pada diri sendiri
Tengkujuh menziarahi kita lagi
Biarlah kita bermurah hati
Untuk hanya sebulan dalam setahun
Dan untukkita mengenal keinsafan
Hitam dan kelabunya
Menusuk kalbu
Sambil mencurahkan kasih
Walaupun menghancurkan
Titisan air yang ganas
Mencakar dan merogol
Semangat insan- insan
.....dan musafir hina
Yang kembaranya
Suci dan jujur
Tabah dan ikhlas
Ombak tinggi
Yang kini bermerah pasir
Di pinggiran teluk
Mencabar nelayan
Yang meredah samudera dan badai
Bertawakallah mereka
Di pagi November
Jiwa-jiwa di Pantai Timur
Menangis dan bersedih
Di pagi November
Penghuni pantai purba
Berkata pada diri sendiri
Tengkujuh menziarahi kita lagi
Biarlah kita bermurah hati
Untuk hanya sebulan dalam setahun
Dan untukkita mengenal keinsafan
Jo Haq, Kerteh 2000
Posted In Ink, Poem (Malay) | 0 comments |
SILATURRAHIM INI
Sunday, April 5, 2020
at
1:12 AM
| Posted by
Johan
Silaturrahim Ini
Lagu dan Lirik oleh Jo Haq
5 April 2020
SILATURRAHIM INI
Verse1:
C Em
Terimalah khabar teman
C Am
Sejak dulu tiada kedengaran
C Em
Kuhulurkan tangan
G
Memohon maaf
F C
Untuk dosa yang silam
Verse 2:
C Em
Lupakanlah kisah lama
C Am
Mungkin dulu kita darah muda
C Em
Silaturrahim ini
G
Harus disimpan
F C
Sepanjang hayat kita
Chorus:
F G
Lihatlah si anak kecil
Em Am
bermain dengan temannya
F G
Apa mungkin kita jua
Em Am
Manghargai ikatan
F G
Bersama kita
Em Am
Mengharungi perjalanan
F G Am
Demi persahabatan
Posted In Lyrics, Song | 0 comments |
Subscribe to:
Posts (Atom)