HIDAYAHMU

Sunday, December 27, 2020 at 11:25 PM


HIDAYAHMU

Siri Musafir X • Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2019 • Dakwat atas kertas 20cm x 15cm




HidayahMu


Di dalam alam semesta ini

Ku mencari keesaanMu

Di sebalik tirai hidupku ini

Ku masih tersungkur jatuh ke bumi

Berikan daku secebis kasihMu

Yang aku dambakan selama ini

Bersihkan hati hitam ku ini

Dari segala dosaku yang silam

Oh! Tuhansinarkan pada diriku

Cahaya destarMu itu

Oh! Tuhansingkirkan insan ini

Dari lembah kegelapan

Oh! HidayahMu itu

Membawa diriku kembali pada diri Mu

Oh! HidayahMu itu

Membawa ku pulang pada Mu

Di dalam buana indah ini

Ku berteman HidayahMu

Di sebalik awan tebal itu

Ku terbayang syurga indahMu

Berikan daku sedetik masaMu

Yang aku siakan selama ini

Agar dapatku menyuluh jiwa

Merubah nasibku ini


Jo Haq, Shah Alam 2019



 

SATRIA JAUHARI

Friday, December 25, 2020 at 4:56 PM

 

SATRIA JAUHARI

Siri Musafir X • Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2019 • Dakwat atas kertas 20cm x 15cm





Satria Jauhari


Kau meluru entah ke mana

Langsung

.. tiada peluang untuk dihenti

.. atau berpatah balik

Fitnah atau benar

Kau bingung bersimpang tiga

Membiarkan susunnya batu di nisan

Agar terbuka pintu musim

Agar bersinar kembali mimpi

Lompat!

Lompatlah masuk

Lompat!

Lompatlah keluar

Kau junjunglah berat dunia ini

Kau berpestalah tentang hidup



Jo Haq, Kuala Lumpur 2019



SELAT HARAPAN

Wednesday, December 23, 2020 at 1:35 PM

 

SELAT HARAPAN

Siri Musafir X • Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2019 • Dakwat atas kertas 20cm x 15cm




Selat Harapan


Angin kencang tiada sedar

Habis dirobeknya layar-layar

Habis diragutnya ombak liar

TapiNakhoda masih gigih

Walau dilempar hujan batu

Walau diherdik pelayar tua

Di jiwanya

"Aku mesti selamatkan"

Selamatkan bahtera ini

Selamatkan pelayaran ini

Selamatkan maruah ini

Ya Illahi,

Berikanlah Nakhoda

Secangkir semangat

Pembakar perasaan

Penebus dosa

Untuk melangkah terus dengan harapan

Untuk kemudi cermat di samudera gelora

Gerbangkanlah layar di angin baru

Relakanlah korban yang jatuh ke laut

Mujur-mujur,

Langit hitam kembali cerah

Dan bersinarnya api di menara

Membawa kami pulang ke selat

Bersama harapan



Jo Haq, Shah Alam 2019



KE MANA MENGHILANGNYA DR. ZAMRI?

Monday, December 14, 2020 at 6:41 PM


KE MANA MENGHILANGNYA DR. ZAMRI?

Siri Musafir X • Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 2018 • Dakwat atas kertas 20cm x 15cm




Ke Mana Menghilangnya Dr. Zamri?


Sang mentari terbit di ufuk timur

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Rembulan sudah bersinar penuh

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Pepohon buluh rakus menakluk sepadang tanah

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Teratai layu jatuh terjuntai lemah

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Anak berudu sudah melompat keluar dari kolam

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Kulat di roti sudah menghijau subur

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Anak dara Pahang sudah dipinang

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Beluncas hina kini rama-rama gah narsistik

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Sang bunian sudah kembalikan Elvis

Namun tidak kelihatan Dr. Zamri

Ke mana menghilangnya Dr. Zamri?

Suatu persoalan misteri



Jo HaqKelana Jaya 2018



HAPPY BIRTHDAY

at 12:27 AM

HAPPY BIRTHDAY

Happy birthday to you … 
Happy birthday to you … 
Happy birthday to you? 
Whatever for? 
For surviving yet another year? 
A year of your pathetic life? 
And why don’t you look back? 
Look back in anger 
For you will find irritation 
You will find sorrow 
And when a yardstick is dipped 
Your eyes will dilate 
Shocked by your inadequacies 
Justifying your mid-life crisis 
 Making you weep like a creep 
Like a motherless child 
Longing the comfort of her breasts 
And all you can do, 
…. is just hide in solitude 
In your sanitarium of self pity 
Singing to yourself, 
“Happy birthday to me ….. “


By Jo Haq
14 December 2020
12:26 am
KL Eco City
Buanaseni Studio




MANIFESTO PENULIS

Sunday, December 13, 2020 at 11:30 PM

MANIFESTO PENULIS

Sejujurnya
Aku ini serba tidak sempurna
Penuh dengan konflik
Berhadapan dengan dilema
Bergelumang dengan dosa
Bermurungan dengan melankoli
Atas beban-beban inilah
Aku menghayati erti dan makna
Maka terjadilah suatu manifestasi
Suatu pengkaryaan odisi kontemporari
Dan luahan naluri yang ‘chaotic’
Terkadangnya gah dan bongkak
Tetapi selalunya sekadar jeritan hati
Aku bukan mahu pun perhatian
Ataupun tepuk sorak di alam maya
Aku cuma mahu berkarya
Untuk diri sendiri
Untuk kewarasan
Seperti kata Ramli,
“Aku menulis bukan kerana nama”


Oleh Jo Haq
13 Disember 2020
10:28 malam
KL Eco City
Buanaseni Studio




DURJANA KAU EBI

at 4:37 PM

DURJANA KAU EBI

Hoi! Ebi
Kau, kau, kau durjana!
Mengapa kau bersembunyi?
Mengapa kau hilang lesap?
Mengapa kau menidakkan kami? 
Marhain membutuhimu
Rakyat menunggu kamu
Azali (mungkin) sudah mencatatkanmu 
Sesungguhnya kaulah epitomi bapa
Pembuka minda yang hiba
Perawat jelata yang nestapa
Kaulah sumbu Zippo yang menyala
Kaulah hirupan cuppucino pembuka mata
Kaulah segalanya
Tetapi kau mengecewakan semua
Sedarilah Ebi,
"You are 'ebirything' to us"

Oleh Jo Haq
13 Disember 2020
4:29 petang
Desa Sri Hartamas
Buanaseni Studio




EMANSIPASI JIWA

at 1:47 PM

EMANSIPASI JIWA

Hilanglah fatamorgana .....

Oleh Jo Haq
13 Disember 2020
1:34 tengahari
Desa Sri Hartamas
Buanaseni Studio




SAMPAN, SUNGAI DAN LANGIT BIRU

Saturday, December 12, 2020 at 2:52 PM

SAMPAN, SUNGAI DAN LANGIT BIRU

Satu! Dua! Tiga!
Lari! lari!
Mana kau mau lari syaitan?
Pecutlah kau sekuatnya
Berkayuhlah wahai marhain
Sehingga anjing itu kelelahan
Ketinggalan ia di belakang
Menggoyangkan ekornya yang riang
Kawan, kau singgahlah di pinggir sungai
Kau ambillah nafas yang hilang
Kau teguklah air yang suam
Sementara itu,
Kau nikmatilah keindahan alam
Kebiruan langit yang mistikal
Kehijauan fauna yang kekal
Dan kau renungkanlah
Kemiskinan kaum yang bersampan
Kedaifan puak yang setinggan
Nescaya apa yang kau fikir kurang
Tiada siknifikasinya lagi
Apabila kau di dalam kesyukuran
Dan dipeluk keredhaan


Oleh Jo Haq
12 Disember 2020
2:06 petang
KL Eco City
Buanaseni Studio




JOE BUGNER AND MUHAMMAD ALI

at 9:51 AM

JO BUGNER AND MUHAMMAD ALI

Twins in Red
They ate wings and steaks
Gulping tea and shakes
Smoking bloody cigarettes
Talking about their fate
Bitching whom they hate
Like a lifelong mates
And they felt great
And that is all to be said


By Jo Haq
12 December 2020
2:00 am
Subang USJ 
Buanaseni Studio



SAMPAI

Friday, December 11, 2020 at 8:28 PM

SAMPAI

Kau fikir kau sudah sampai?
Sampai ke mana?
Ke bulan bintang?
Ke hujung Bima Sakti?
Kau belum sampai kawan
Kau kencing
Hancing!
Kau fikir kau sudah tiba?
Tiba di mana?
Di akhir penghayatanmu?
Di pelusuk ketenanganmu?
Kau belum tiba teman
Kau setakat gebang
Temberang!
Kau fikir kau sudah tinggi?
Tinggi takat mana?
Tinggi Gunung Jerai?
Tinggi langit tujuh?
Kau belum tinggi sahabat
Kau angan-angan
Berangan!


Oleh Jo Haq
11 Disember 2020
8:21 malam
KL Eco City
Buanaseni Studio




SYURGA DI BUMI

at 5:32 PM

SYURGA DI BUMI

Dari langit kita turun
Kepada langit kita berampun
Dalam diri kita berahsia
Di bahu kiri hilang rahsia
Mungkin diri tidak sempurna
Tetapi hati harus mencuba
Di hasut nafsu jiwa ini
Semoga hidayah menghadiri
Bertawaf khusyuk sampai tujuh
Bertapak jauh ulangnya tujuh
Bercukur buang sampai licin
Agar naluri sejuk dan dingin
Ziarah hormat rendah diri
Berteguk air telaga hakiki
Berdoa malu hasrat bertanya
Bilakan lagi aku dijemputNya
... ke Syurga di Bumi


Oleh Jo Haq
11 Disember 2020
5:28 petang
Kuang
Buanaseni Studio




PERNAFASAN

at 1:16 AM

PERNAFASAN

Bernafaslah
Bernafaslah udara yang berselubung
Jangan disegani apa yang diendahkan
Pergi
Pergi tetapi jangan menghilang
Lihatlah di sekeliling
Dan pilihlah sejengkal tanahmu
Untuk engkau berlindung
Dan terbang tinggi
Maka setiap senyum dan tangismu
Dan setiap sentuhan dan penglihatanmu
Itulah hidupmu sehakikatnya
Lari
Larilah arnab
Engkau galilah lubang di tanah
Agar dapat kau lupakan mentari
Apabila akhirnya semua selesai
Jangan kau cangkung berehat
Kerana perlu kau menggali, lagi
Sepanjang hidupmu
Setinggi terbangmu
Asalkan kau menunggang arus
Sebolehnya di ombak-ombak besar
Berlumba untuk ajal yang awal


Oleh Jo Haq
11 Disember 2020
1:04 pagi
KL Eco City
Buanaseni Studio




NASI LEMAK TIPAH

Wednesday, December 9, 2020 at 10:34 PM

NASI LEMAK TIPAH

Bang, Tipah tertipu
Nasi Lemak Tipah tak sedap
Tak rasa lemak pun
Tak rasa santan pun
Bang, Tipah tertipu
Nasi Lemak Tipah tak "kaw!"
Sambal dia sejemput je
Ikan bilis dia tiga ekor saje
Bang, Tipah tertipu
Nasi Lemak Tipah mengarut
Telur rebus dibaginya suku
Kacang goreng hangit hitam
Bang, Tipah tertipu
Nasi Lemak Tipah "Fail!"
Dah lah kecik segenggam
Timun berlungguk buat apa?
Bang, Tipah tertipu
Ni bukan Nasi Lemak
Orang yang jual ni penipu
Orang yang jual ni berdosa


Oleh Jo Haq
9 Disember 2020
10:25 malam
KL Eco City
Buanaseni Studio




I WANNA GET OUT

at 10:23 AM

I WANNA GET OUT

I wanna get out
Out of this city
The city of madness 
Where men behave like pigs
Where women cares only for their looks
Where kids stare at screens
I wanna get lost
Lost away from society 
The society of lunatics
Where money becomes god
Where courtesy is replaced by rudeness
Where perception defeats reality
I want enlightenment
Up above in the 7th heaven
Purifying this damned soul
Where darkness has resided
Where greed has conquered
Where humility has disappeared
I wanna get out
Will somebody show me the damn door?


By Jo Haq
9 December 2020
10:13 am
Brickfields
Buanaseni Studio




TUHAN YANG TAHU

Monday, December 7, 2020 at 1:25 AM

TUHAN YANG TAHU

Tiba-tiba hujan pun turun
Membasuh duka yang terhimpun
Dari langit, Dia melihat
Manusia kerdil lemah semangat
DihantarNya angin merdu
Bersiulan bagaikan perindu
Maka wujudlah senyuman
Dan berkilaulah emas sulaman
Di tangan ini ada dedalu
Mungkin ke tanahlah ianya perlu
Agar tumbuh anak-anak harapan
Sebagai tunas masa hadapan
Berat di bahu sebak di hati
Jika tak mampu tak akan di beri(Nya)
Lemah di kaki kusut di dahi
Setakat mampu kita redhai


Oleh Jo Haq
7 Disember 2020
1:15 pagi
KL Eco City
Buanaseni Studio




HUMILITY

Sunday, December 6, 2020 at 2:08 PM

HUMILITY

A gift wrapped in a newspaper
A strum with a broken string
A bungalow with a Kancil
A silver necklace on a fair neck
A B-cup on a lady's breasts
A dollar for a beggar
A pot of curry to a neighbour
A tear drop for a friend's misfortune
A silent response to an anger
A handshake for a disagreement
A space for an uninvited opinion
A smile to a total stranger
A small laugh for a crappy joke
A thank you for nothingness
A demonstration of patience
A swallow of pride


By Jo Haq
6 December 2020
10:33 am
Damansara Utama
Buanaseni Studio




LIDAH

Tuesday, December 1, 2020 at 8:51 PM

LIDAH

Lidah yang berkata-kata 
Yang enak manis halua
Dan juga yang sinis berlada 
Yang ramah dan mesra 
Dan juga celupar puaka 
Lidah yang berbisik-bisik
Yang melafaz asmara merisik
Dan juga benci tak tertarik
Yang melaung puisi dan lirik
Dan mendendang lagu listrik
Lidah yang terkawal teliti
Yang mengucap syahadah Illahi
Dan mengaji sebutan mat asli
Yang merasa pedasnya cili
Dan juga kemanisan sejati
Lidah yang terkadangnya kelu
Yang terguris hati ianya beku
Dan mencair menjadi sendu
Yang bersuara nadanya pilu
Dan perasaan menjadi rindu
Lidah
Yang padat, padu lagi jitu


Oleh Jo Haq
1 Disember 2020
8:40 malam
Kuala Lumpur
Buanaseni Studio




BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates