SELAMAT PAGI INSAN MARHAIN

Sunday, January 28, 2024 at 9:12 AM

 

Selamat Pagi Insan Marhain


Bukalah matamu

Wahai insan marhain

Kerana untungnya kamu

Apabila dipersembahkan

Terbitan mentari jingga

Nun jauh di ufuk sana

Mungkin kita tidak mengerti

Keindahan alam untuk kita

Atau kita tenggelam dan hanyut

Di bedal ombak kehidupan

Yang sering mengacau jiwa

Dan merobek nikmat dan kurniaan

Yang selama ini kita perlekehkan

Telanlah pil merah

Bak kata Morphius

Agar kita terjaga dari mimpi

Yang hanya memperlihatkan dusta

Fatamorgana dunia

Agar tersenyumlah kita

Apabila bahang manis pagi

Menyinar buka kelopak mata

Dan mengeringkan wuduk subuh

Supaya kita hargai

Mentari jingga yang gigih

Bertugas 360 kali setahun

Dalam usahanya mengingatkan

Yang kita ini sekadar marhain



Oleh Jo Haq

29 Januari 2024

7:24 pagi

Bukit Jelutong

THE GIBSON LES PAUL

Wednesday, January 24, 2024 at 4:25 PM

 



THE GIBSON LES PAUL

Faiz Sabri

2024

120cm x 60cm

Acrylic on Canvas

Acquired on 24 January 2024





EVERYTHING IS GOING TO BE ALRIGHT

Thursday, January 11, 2024 at 12:00 AM

 

Everything is Going to be Alright


The Moon looks brighter tonight

Telling me of an insight

That everything is going to be alright

As it always do in plain sight

With the stars liting up the heights

Relieving me of any plight

Inspiring me to continue the fight

How can I ever make it right?

For my gratitude can no longer hide

From this majestic sphere of might

Radiating with the divine light 

I yearn for the wolves by my side

So I may command them to howl upright

Giving tribute until the dawn of twilight

Giving respect to the keeper of the night

The Moon that shines so bright

Tonight



By Jo Haq

10 January 2024

11:41 pm

Bukit Jelutong

KEMANAKAH JOE MENGHILANG

Monday, January 8, 2024 at 6:44 PM


Kemanakah Joe Menghilang?

Kemanakah Joe Menghilang?
Joe ghaib dari pandangan
Tetapi bukannya buangan
Dia ada sahaja berkhalwatan
Memerhati manusia yang sawan
Orang yang kebingungan
Bani yang hilang haluan
Bagaikan ulat bergelimpangan
Diulit arus haluan kesyaitanan
Dibuai mimpi kaum bunian
Membuat dosa bagaikan halimunan
Nah! Maka disinilah terjawab persoalan
Bahawasanya Joe bukan berangan-angan
Dia adalah rajawali berterbangan
Tinggi di langit kehitaman
Kesal dengan kesombongan
Yang dizahirkan oleh keinsanan (kini)



Oleh Jo Haq
8 Januari 2024
6:41 petang
Petaling Jaya

LEBURNYA KERSANI TERJAGA DARI MIMPI

Friday, January 5, 2024 at 5:34 AM

 


Leburnya Kersani Terjaga Dari Mimpi


Suatu hari nanti

Harimau yang tidur menyepi

Akan pasti bangkit rapi

Bak letupan gunung berapi

Mencapai langit dan duniawi

Ke hadapan ummah dia kembali

Untuk silaturrahim hakiki

Mengaumnya sekuat hati

Agar rindu padanya tidak lagi

Dan tiada fatamorgana mimpi

Yang selama ini dijampi

Oleh merajuknya insani

Suatu hari pasti

Akan terlebur jua kersani

Seperti sedarnya Ashabulkahfi



Oleh Jo Haq

5 Januari 2024

5:29 pagi

Bukit Jelutong

TAHUN BAHARU?

Tuesday, January 2, 2024 at 10:28 PM


Tahun Baharu?

Ke mana kah arah tujuan (kita)?
Berapa lama lagi nak bersengketa?
Biarkan terus tidak bertegur-sapa?
Sehingga salah satu (dari kita) mati?
Masih lagi rakus mengumpul harta?
Dua perpuluhan lima peratus sudah kira kah?
Atau simpan sahaja riba untuk lebih kaya?
Ayah dan ibu di kampung bila lagi nak dijenguk?
Ataupun lalang habis menyelubung kubur (mereka)?
Wak Sulaiman penjaga kubur pun masih menunggu?
Anak-anak (kita) pun terus jua kurang ajarnya?
Bila pula nak disematkan budaya yang luput?
Disuruh mengaji, tapi masih terbeliak depan skrin?
Mahukah kita kira-kira untuk mengganti sujud?
Atau menabur beras bila tidak melaparkan diri?
Ataupun lebih baik ke London dari ke Mukarramah?
Mungkinkah azam baharu kali ini berlainan?
Masih releven lagikah enam petak di perut?
Ataupun kulit melepak disuntik pelbagai?
Sesungguhnya haruskah kita bertanya?
Persoalan-persoalan hidup dan mati kita?
Ataupun tembak sahaja bunga api di langit?
Untuk tahun yang kononnya baharu?


Oleh Jo Haq
2 Januari 2024
10:22 malam
Bukit Jelutong

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates