HUTANG

Monday, April 22, 2024 at 10:35 PM

 


Hutang


Lemah longlainya kaki aku

Kusut serabainya kepala aku

Apabila dihitung hutang,

..... yang selama ini tidak diperlaku

Seribu hari puasanya tak tentu

Dan diabaikan pula rakaat dua ratus ribu

Belum lagi zakat yang beribu-ribu

Sempatkah lagi bila masaku sudah tepu?

Atau harus aku terus redah jalan berliku?

Membayar apa yang patut selagi laku

Oh! Tuhan, tenangkanlah hatiku yang pilu

Kerana aku terasanya sangat malu

Dengan Engkau aku mengaku

Layakkah aku menerima kurniaanMu?

DiberiNya anak syurga kepadaku

Yang akan menghulur tangan menarik jiwaku

Sedangkan dosa-dosaku penutup pintu

Dan aku naik saksi tidak sanggup juga aku,

..... untuk menahan panasnya nerakaMu



Oleh Jo Haq

22 April 2024

10:30 malam

Bukit Jelutong



0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates