Lampu Trafik 199
Lampu merah sombong
Tidak mahu dia minggir
Sudah 199 minit berlalu
Ia terus jua,
.....menganjingkan kita
Kepala otak kita semak
Berkira-kira waktu
Bertahan pundi kencing
Dan perut kembung angin
Namun,
..... susah hidup puas rasanya
Lebih rela kita bertungkus
Mahu pun onak belukar dirempuh
Dari dipenjara zoo binatang
Kata orang kita harus terus berjuang
Bukan sekadar jam Rolex
Kononnya hadiah bersara
Berkilat berkilau cantik
Namun maknanya jelek
Di ufuk sana matahari malu
Pergi ia jauh dia dari kita
Agar kita berteguk air
Menghembus kretek
Dan bersyukur masih hidup
Oleh Jo Haq
18 Mac 2024
7:27 malam
Shah Alam
0 comments