Tutuplah Matamu
Engkau terbeliak
Rakus membaham apa sahaja
Kononnya wanginya ketiak
Hidungmu itu dikencing ganja
Matamu memandang dengan riak
Tidak engkau sedar usiamu senja
Jika betul, dikau harus teriak
Atau tutup sahaja pancaindera
Jangan syaitanmu itu membiak
Seolah-olah ditaburkan baja
Maka itulah lumrah manusia
Nafsunya bertahan waja
Oleh Jo Haq
28 Mac 2024
1:31 pagi
Bukit Jelutong
0 comments