Rimba Bangsaku Kini
Rimba kini rimba batu
Penuh dengan hati beku
Sana-sini mereka kaku
Degil sampai kena duku
Rimba kini rimba hitam
Panas jiwanya berdendam
Asyik berdengki menikam
Ghibtahnya terus diperam
Rimba kini rimba nestapa
Mulutnya hancing berdusta
Fitnah ditabur pelbagai rupa
Seolah-olah lupa neraka
Rimba kini rimba hangus
Maruah bangsa dibungkus
Lagu tangisnya berhingus
Namun sanubarinya dayus
Oleh Jo Haq
21 Mac 2024
11:11 malam
Shah Alam
0 comments