Manifesto Lalang Mudah Terbakar: Oh! padang lalang. Banyak betul lalang. Kiri dan kanan kau melambai-lambai. Tak tentu hala. Kalau tak kerana akar, lalang terbang entah ke mana? Kuat temberang. Lupakan akar yang dari dulu menyokong. Mana kejujuranmu? Kuat temberang lagi. Kejap kanan, kejap kiri, lagi. Tak tentu hala bermain dengan api. Lama-lama kau disambar, baru nyah kau hilang semua wayang. Manifesto konon!
Title: Manifesto Lalang Mudah Terbakar
Medium: Computer Graphics and Poem (Malay)
Artist: Johan Ishak
Time/Date: 1:24am 13 March 2013
Place of creation: Shah Alam
www.buanaseni.blogspot.com
0 comments