Showing posts with label Poem (Malay). Show all posts
Showing posts with label Poem (Malay). Show all posts

Boo! Den

Thursday, July 23, 2026 at 4:13 PM


Boo! Den


Den dalam kegelapan nyata

Dia ada

Dia hadir belaka

Walaupun ghaib di pandaindera

Kemakrifatan dirinya

Bukan fatamorgana

Tetapi suatu fenomena

Keajaiban cekal jiwa

Yang hitam tapi waja


Oleh Jo Haq

23 Julai 2026; 4:08 petang

Bukit Jelutong



AIR INI TENANG

Thursday, March 19, 2026 at 11:04 AM

 

AIR INI TENANG


Air ini sudah jauh mengalir

Melebihnya separuh abad

Terasanya lelah yang hadir

Yang sewaktu dahulu berkudrat


Air ini sudah kering tersejat

Menjangkaunya zat antikuiti

Agak kejang menanggung berat

Yang permulaannya berinti


Air ini sudah reda kesuaman

Tandanya redha (denganIllahi

Bersyukur dengan nikmat keduniaan

Berumus barzakh menjauhi api


Air ini tenang . . . .

Sudah cukup berombak (dahulu)




Hasil nukilan,

Jo Haq

19 Mac 2026

Kuala Lumpur


NOSTALGIA LIMA DEKAD

Tuesday, September 17, 2024 at 7:52 AM

 

Nostalgia Lima Dekad


Atari

BMX

Central Market

Datsun

E.T.

Fido Dido

Galah panjang

Hard Rock Cafe

Isabella

Jubilee Park

Kalkitos

Lat

Mokhtar Dahari

Nintendo

Oshin

Piccadilly Discotheque

Queen Elizabeth

Rambo

Samantha Fox

Thomas Cup 1992

Ustaz Hassan Azhari

Volvo 240

Wan Zaleha Radzi

XX Ray

Yoyo

Zippo



Oleh Jo Haq

17 September 2024

7:52 pagi

Bukit Jelutong


ANGIN

Friday, September 13, 2024 at 3:18 PM

 

Angin


Angin bertiup kuat dan kencang

Di kala hidup bertemunya simpang

Ketat di dada belum lagi lapang

Setelah diasah mencabul senang

Dibelenggu warna-warna rambang

Yang mewujudkan rasa bimbang

Hanya tinggal gelap menanti terang

Oh! Tuhan, aku tidak girang

Aku masih berdiri tidaknya tumbang

Melafaz doa untuk semuanya imbang

Menantikan nikmat dan peluang

Agar berjaya aku di hari aku ditimbang



Oleh Jo Haq

13 September 2024

3:17 petang

Bukit Kiara



KOPI

Thursday, September 5, 2024 at 8:10 PM

 

Kopi


Alangkah enaknya kopi jantan ini?

Walaupun pahit,

Citarasa manisnya membuai gelora riang

Bukan seperti kepahitan kehidupan

Yang sering dilanda pancaroba

Yang merombak dan berombak

Alangkah enaknya kopi hitam ini?

Walaupun gelap,

Ketelusan aromanya tulus tanpa hipokrasi

Bukan seperti kebencian manusia

Yang sering melayan prejudis

Yang merogol dan menyondol

Alangkah enaknya kopi hangat ini?

Walaupun lecur bibir,

Namun dihirupkan jua melawan rintangan pancaindera

Bukan seperti bahang kebodohan bangsa

Yang sering dibakar hasad dan dengki

Yang menfitnah dan memanah

Alangkah enaknya kopi ini?

Selalu menemani aku setiap malam sunyi

Menerbangkan aku ke alam mimpi



Oleh Jo Haq

5 September 2024

8:07 malam

Bukit Jelutong



PENGAKHIRAN

Monday, September 2, 2024 at 3:02 PM

 

Pengakhiran


Tinta kekeringan dakwat



Oleh Jo Haq

2 September 2024

3:00 petang

Bukit Kiara


HUJANKAH PETANG INI?

Saturday, August 31, 2024 at 5:33 PM

 


Hujankah Petang Ini?


Langit kelabu 

Bagaikan awan leper

Menyelimut dosa-dosa manusia

Mengunci langit dari menabur hujan


Oleh Jo Haq

31 Ogos 2024

5:29 petang

Bukit Jelutong



MENIDAKKAN MERDEKA

at 5:17 PM

 

Menidakkan Merdeka


Alam memerhati kita

Membisik alunan rintihan

Sejak dahulu kala

Sehingga penghujung zaman

Namun tidak diendahkan jua

Terus menerus kita memusnah

Sesekali Alam sudi mendidik kita

Di Gunung Sinai

Ia semarak menyemai

Di Pohon Bodh Gaya

Ia kembang menjana

Di Gua Hira'

Ia sayup merombak

Angkuhnya kita tak terkira

Bagaikan katak dididih perlahan

Sehingga kelak pengakhiran

Hanyalah segumpal daging busuk

Tak bernyawa

Tak bermakna

Tak bermakrifat

Tak berkemerdekaan



Oleh Jo Haq

31 Ogos 2024

5:13 petang

Bukit Jelutong


AKU RELAKAN

Tuesday, August 27, 2024 at 1:46 AM

 

Aku Relakan


Permergianmu itu

Suatu emansipasi

Dari dunia yang cela


Oleh Jo Haq

27 Ogos 2024

1:44 pagi

Bukit Jelutong


Arwah Ian Zuhayr Bin Johan di dalam ingatan.


WARTAWAN TERHITUNG

Thursday, August 22, 2024 at 7:50 PM

 

Wartawan Terhitung


Tinta lembayung

Kata-katanya melambung

Kadangkala ada tersinggung

Yang salah pasti tanggung

Ini bukan cereka panggung

Tetapi kejujuran teragung

Biarkan semua membingung

Akan kedunguan sekampung

Apabila pemimpin terapung

Semua pakat ikut punggung

Buta-buta mereka menyanjung

Sedangkan apabila direnung

Sememangnya najis segunung

Maka berilah suatu lorong

Agar penulis bisa menyabung

Demi tanah semenanjung

Kembalikan demokrasi ulung



Oleh Jo Haq

22 Ogos 2024

7:49 malam

Bukit Jelutong



ALAM MENEMANI AKU

at 2:30 AM

 

Alam Menemani Aku


Alam bagaikan mengikut rentak irama

Apabila aku merasa gembira

Mentari bersinar cerah saksama

Apabila aku resah gelisah

Awan berarak mendung belaka

Apabila aku sedih gundah gulana

Hujan menembak halilintar

Apabila aku tenang di jiwa

Malam menyusur gelap gelita

Alam bagaikan mengikut rentak irama

Seolah-olah mengiakan apa sahaja

Menemani aku, suka atau duka

Mengikuti aku, riang atau nestapa

Mendorong aku supaya redha

Mengingatkan aku kepada yang Esa



Oleh Jo Haq

22 Ogos 2024

2:24 pagi

Bukit Jelutong




HAK ILLAHI

Thursday, July 25, 2024 at 8:51 PM

 

Hak Illahi


Anak tu,

Tuhan yang punya

Ikut suka Dia lah,

.... nak ambik balik bila

Tapi, tapi,

Aku belum cukup peluk

Aku belum cukup cium

Aku belum cukup bela

Betul,

Kau ingat Dia kisah?

Kau yang banyak dosa ni,

Takde punya Dia nak bagi 

Kau belum cukup doa

Kau belum cukup hidayah

Kau belum cukup makrifat

Lagi kau nak soal Dia

Kau tak malu?

Elok kau ambik gitar tu,

Nyanyilah sesedih boleh

Jangan kau soal apa-apa lagi

Macam itulah rupa,

Hidup yang membutuhi,

.... keredhaan



Oleh Jo Haq

Bukit Jelutong

25 Julai 2024

8:47 malam



DIMENSI PENCERITAAN HIDUP

Monday, June 17, 2024 at 10:16 PM


Dimensi Penceritaan Hidup


Maka dongaklah ke langit

Sungguh tinggi harus di panjat

Termengah-mengah nafas lelah

Yang disimbah warna kehidupan

Sang Kucing di tingkap usang

Ia memerhati insan-insan

Yang lagaknya agak keliru

Hasrat mungkin nak ke bulan

Langsung tiang lampu berbaris

Tidak jua termampu dipanjat

Akhirnya kita ini terkongkong

Di dalam sempadan hidup

Yang pasti telah ditentukan

Cuma hanya yang tinggal

Adalah persoalan-persoalan hidup

Samada mahu berdiri kendiri

Di dalam sinaran cahaya

Ataupun melingkup sungkur 

Di dalam kegelapan



Oleh Jo Haq

17 Jun 2024

10 Zulhijjah 1445

10:00 malam

Bukit Jelutong









TANGISAN GAZA

Saturday, May 18, 2024 at 7:38 PM

 

Tangisan Gaza


Anak yang tidur di bahu ayah

Di sekelilingnya memandang pilu

Ibu yang resah dan glisah

Tidak salahlah dia ketakutan

Angin bertiup sepoi menyejukkan

Memilukan mereka berhijrah

Dengan pancaindera yang galak

Mereka mencari di dalam kegelapan

Berselubung pasrah dan air mata

Hanya berharap apa yang belum

Mengalpakan sejarah yang hitam

Mendoakan qudrat sehingga terakhir


Oleh Jo Haq

18 May 2024

7:36 malam

Subang Jaya


WARNA YANG KINI PUDAR

Thursday, May 9, 2024 at 1:13 AM

 

Warna Yang Kini Pudar


Dunia ini diselubung,

..... kemurungan

Hilang semua warna-warna,

..... yang dahulunya indah

Nyah ia bersama maut

Aku terus jua melangkah

Di alam yang tiada warna

Di maya serba 'sephia'

Diheretnya berus dan cat

Digaulnya keluarga hijau

Untuk mewarnakan pohon dedaunan

Dicampurnya biru, putih dan kelabu

Untuk mencantikkan langit dan awan

Diadunnya merah dan kuning

Untuk kuntuman mekar dan lebah

Namun,

Sehebat mana pun kebolehan

Masih tidak sempurna gambarannya

Sungguh lengkap dan tertib

Kecantikan duniawi ciptaan Tuhan

Sesungguhnya kudrat ini,

..... kurniaan Dia

Tidak terdaya aku menggagah

Untuk mengembalikan seri

Agar muncul warna-warni dahulu

Hanya sekadar imitasi nikmat

Yang suatu ketika wujud

Yang kini hilang ditelan zaman


Oleh Jo Haq

9 Mei 2024

1:08 pagi

Bukit Jelutong



TERKILANNYA GURINDAM JIWA

Saturday, May 4, 2024 at 6:27 PM

 

Terkilannya Gurindam Jiwa 


Terbenamnya mentari merah

Terhembusnya gunung berapi

Terlayunya sekuntum sakura

Terkulainya seekor lebah

Terpadamnya api keretek

Terhangitnya pulut panggang

Terbujurnya perwira perang

Terjatuhnya hukuman hakim

Terlanjurnya kemaksiatan nafsu

Tertipunya umat lemah


Oleh Jo Haq

4 Mei 2024

5:45 petang

Kelab Golf Negara Subang

SUATU REKOLEKSI DAPUR ARWAH

Saturday, April 27, 2024 at 11:28 PM

 

Suatu Rekoleksi Dapur Arwah


Ikan Parang

Ikan Alu-Alu

Ikan Tenggiri

Kacang Kuda

Kacang Kelisa

Kacang Panjang

Ubi Kayu

Ubi Kemili

Ubi Benggala

Pisang Raja

Pisang Rastali

Pisang Berangan

Jambu Air

Jambu Batu

Jambu Mawar

Nasi Kandar

Nasi Lemak Lemuni

Nasi Durian Santan Ais



Oleh Jo Haq

27 April 2024

11:28 malam

Bukit Jelutong

HUTANG

Monday, April 22, 2024 at 10:35 PM

 


Hutang


Lemah longlainya kaki aku

Kusut serabainya kepala aku

Apabila dihitung hutang,

..... yang selama ini tidak diperlaku

Seribu hari puasanya tak tentu

Dan diabaikan pula rakaat dua ratus ribu

Belum lagi zakat yang beribu-ribu

Sempatkah lagi bila masaku sudah tepu?

Atau harus aku terus redah jalan berliku?

Membayar apa yang patut selagi laku

Oh! Tuhan, tenangkanlah hatiku yang pilu

Kerana aku terasanya sangat malu

Dengan Engkau aku mengaku

Layakkah aku menerima kurniaanMu?

DiberiNya anak syurga kepadaku

Yang akan menghulur tangan menarik jiwaku

Sedangkan dosa-dosaku penutup pintu

Dan aku naik saksi tidak sanggup juga aku,

..... untuk menahan panasnya nerakaMu



Oleh Jo Haq

22 April 2024

10:30 malam

Bukit Jelutong



MALAM YANG RENDANG

Wednesday, April 17, 2024 at 2:30 PM

 


Malam Yang Rendang


Awan malam bak pohon rendang

Tebarnya bagaikan bercabang

Dedaunnya segar dan kembang

Angan-angan aku pun melayang

Jauh ke Hospital Selayang

Cukup pantas masa disailang

Tau-tau 24 kali bulan berulang

Teringat insan yang aku sayang

Dia sudah pergi dan hilang

KepadaNya jua dia pulang

Tidak ditinggalkan pun bayang

Tidak pula diberinya peluang

Untuk aku membuat dia riang

Hidup ini terasanya amat kurang

Sehingga air mata titis terlinang

Aku harap dia sentiasa tenang

Dan tidak dibiarkan seorang

Berdoa aku dalam sembahyang

Semoga dia sudi kunjung datang

Di dalam mimpiku sebelum siang

Di kala malam awannya rendang



Oleh Jo Haq
15 April 2024
10:56 malam
Bukit Jelutong

MINTA MAAF, PEREMPUAN

Monday, April 1, 2024 at 4:38 PM


(SAJAK INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI DAN BUKAN PENDAPAT PENYAJAK. IANYA SEKADAR GUBAHAN KREATIF SEMATA-MATA)


Minta Maaf, Perempuan


Minta Maaf, Perempuan

Bukan gua nak buat generalisasi

Tetapi kalau gua buat observasi

Di jalan raya lu lagak langsi

Lu fikir jalan bapak lu kasi

Nak tukar tayar pancit pun lu geli


Minta Maaf, Perempuan

Bukan gua nak buat cerita

Tetapi kalau gua buat kira-kira

Berapalah sangat lu belanja

Lu sibuk beli beg, baju dan cucuk muka

Nasi, api, air, sekolah anak gua settle semua


Minta Maaf, Perempuan

Bukan gua nak perangai 'sexist'

Tetapi kalau gua fikir habis-habis

Ada sahaja benda lu nak tepis

Lu rasa hak lu dengan gua harus persis

Jangan sampai nanti lu yang mengemis


Minta Maaf, Perempuan

Bukan gua nak tunjuk alim

Tetapi kalau mata gua mengerling

Dikatakan gua otak pusing

Lu juga yang tunjuk paha, punggung dan puting

Habis lu ingat gua tak runsing?



Oleh Jo Haq

1 April 2024

4:34 petang

Shah Alam



BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates