Oleh Jo Haq
spanapurba.blogspot.com
Namanya Dali. Bukan Dali, Salvador Dali, macam orang puteh tu. Tapi Wak Dali. Wak Riza Dali dari keturunan Jawa. Orang panggil Wak Dali tapi Dali ni bukannya old fesyen style Wak konvesyenal tu. Dia moden. Dia muda. Baru umur 39 tahun. Budak-budak masa kat sekolah asrama dulu je yang suka pakai nama bapak masing-masing. Dali tu nama Bapak dia. Tapi tak kisah. Dia redha saja apa orang panggil dia asalkan bukan Batu, Babi atau Tenuk.
Dali ni ada power. Super power turun temurun dari nenek moyang Indon Jawa Kontrak. Kalau kat Amerika dia dah masuk komik Marvel. Tapi sebab kat Mesia, benda ni bukan dipanggil super power, tapi lebih kurang saka. Power atau saka dia sempoi. Mata Dali boleh nampak skru-skru ghaib pada badan manusia. Dali cuma perlu ketatkan skru-skru tersebut untuk menyembuh apa jua masalah tubuh badan manusia. Macamana Dali ketatkan skru-skru? Dia ada sebiji spana. Spana dari zaman Kerajaan Mataram dulu. Spana ajaib dan ghaib cuma mata Dali saja yang nampak. Spanapurba diberi nama.
Suatu masa dahulu, pada 5 Mac 1994, Dali menerima jemputan ke Amerika. Ada orang kaya muda sudah dengar yang Dali ni ada super power. Dia nak mintak tolong Dali baik pulihkan masalahnya.
"Hi, my name is... errrr.. hmm... let's just call me Donald, shall we?"
"Yes Donald. Nice to meet you. I am Dali. Riza Dali."
"Mr Dali. To cut a long story short, saya ada masalah. Nak mintak Mr Dali ketatkan skru di kepala otak saya sebab saya ada masalah tak berani nak lakukan sesuatu. Saya perlu keberanian untuk melakukan sesuatu."
"Hmm... saya setakat ni belum pernah ketatkan skru kat otak. Tapi... tak menjadi masalah. Spanapurba memang ajaib semua masalah badan manusia boleh diuruskan. Tapi keberanian tu,... adakah ia akan membawa kebaikan?"
"Ohhh sudah tentu. Apabila saya berani melakukan apa yang saya nak lakukan, saya akan berasa gembira, bebas, liberated, jauh dari sengsara dunia yang haram jadah ni."
"Ok lah kalau macam tu. Saya cuma tolong untuk benda-benda happy." Dali dengan segera mengetatkan skru-skru tertentu di atas kepala Donald dengan Spanapurba. Maka terbentuklah keadaan fizikal otak Donald yang conducive untuk memupuk keberanian yang diberahi si Donald. Donald ingin membayar upah sebanyak USD1 juta tapi Dali cuma tersipu-sipu berkata, "Ehhh.. tak payah. Donald bayar hotel dan kos kapal terbang saya cukuplah."
Selepas sebulan, pada 5 April 1994, Dali terbeliak mata terkejut membaca sebuah surat khabar yang memaparkan muka Donald sebesar-besar di muka hadapan dengan headline, "Cobain Kills Himself" dan di bawah gambar tersebut tertulis nama penuh Donald, iaitu.... Kurt Donald Cobain.
SPANAPURBA
Friday, November 8, 2019
at
8:54 AM
| Posted by
Johan
Posted In Short Stories (Malay) | |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments