Sejujurnya
Aku ini serba tidak sempurna
Penuh dengan konflik
Berhadapan dengan dilema
Bergelumang dengan dosa
Bermurungan dengan melankoli
Atas beban-beban inilah
Aku menghayati erti dan makna
Maka terjadilah suatu manifestasi
Suatu pengkaryaan odisi kontemporari
Dan luahan naluri yang ‘chaotic’
Terkadangnya gah dan bongkak
Tetapi selalunya sekadar jeritan hati
Aku bukan mahu pun perhatian
Ataupun tepuk sorak di alam maya
Aku cuma mahu berkarya
Untuk diri sendiri
Untuk kewarasan
Seperti kata Ramli,
“Aku menulis bukan kerana nama”
Oleh Jo Haq
13 Disember 2020
10:28 malam
KL Eco City
Buanaseni Studio
0 comments