Kumbang
Kau (pernah) terbang di pohon mawar
Warna merahmu dahulu menyerlah
Seperti apa yang tersemat di minda
Sewaktu aku kecil bermain di varendah
Dimana kau berlegar dengan rama-rama
Kumbang
Kini semakin jarang kehadiranmu
Sayapmu kini semakin kelabu
Tidak seperti 40 tahun yang lalu
Sudah besar panjang pun aku
Yang tinggal hanya sepasang kupu-kupu
Kumbang
Kembalilah kau dari pelusuk malam
Bongkakkanlah semula tompok hitam
Zahirkanlah semula rekoleksi silam
Sementara aku belum suram
Agar taman ini kembali tenteram
Oleh Jo Haq
26 Julai 2021
12:57 tengahari
KL Eco City
0 comments