ARWAH BAIK ORANGNYA

Wednesday, March 31, 2021 at 6:43 PM

 

Arwah Baik Orangnya


IshIshIsh!

Mati pulak lahabau ni

Kesian dia

Belum sempat bayar hutang rumah

Dah satu keluarga kena halau

Belum sempat setel hutang kereta

Dah kena angkut dek bank

Dulu doktor kata jangan isap rokok

Dia hembus jugak asap-asap kretek

Dulu emak kata jangan minum

Dia hirup jugak whiskey ‘on the rocks’

Habis lingkup paru-paru

Habis busuk buah pinggang

Tapi arwah mati bibirnya tersenyum

Sempat juga dia ajar anak-anak hal ketuhanan

Sempat juga dia panjat GunungKinabalu

Sempat juga dia menderma fakir dan miskin

Sempat juga dia beraudhah di Medinah

Walaupun ‘chaotic’ dan penuh konflik

Dia tenang apabila pergi

Dia puas dengan hidup

Dia pasrah

Sememangnya

Arwah baik orangnya



Jo Haq, Bangsar 2021

LIZA MENYANYI

at 6:40 PM

 

Liza Menyanyi


Hari ini Liza menyanyi

Liza menyanyi sakan

Dia berteriak sana dan sini

Melambung irama dan lagu

Bagaikan burung gagak memekak-mekak

Nasib manusia baik kerana suaranya merdu

Walaupun macam gagak,

tetapi merdu

Hari ini Liza menyanyi

Dia akan terus menyanyi

Liza dilahirkan untuk menyanyi

Bila menyanyi

Liza gembira

Itulah Liza

Suka menyanyi



Jo Haq, USJ Subang Jaya 2021

ELLA MUNCUL

at 6:38 PM

 

Ella Muncul


Ella muncul

Ella muncul tiba-tiba

Ella muncul tiba-tiba

dengan mesej

Ella muncul tiba-tiba

dengan mesej yang makan dalam

Ella muncul tiba-tiba

dengan mesej yang makan dalam

perihal alkisahnya t-shirt merah

Ella muncul tiba-tiba

dengan mesej yang makan dalam

perihal alkisahnya t-shirt merah

yang menzahirkan kealpaan

Ella muncul tiba-tiba

dengan mesej yang makan dalam

perihal alkisahnya t-shirt merah

yang menzahirkan kealpaan

seorang teman

Ella muncul tiba-tiba

dengan mesej yang makan dalam

perihal alkisahnya t-shirt merah

yang menzahirkan kealpaan

seorang teman

akan sahabat-sahabatnya



Jo Haq, KL Eco City 2021

MAHSURI TRACING: "SEMUA PENDUDUK KAMPONG MAWAT TERMASUK MAHSURI BERBENDANG KERANA KAMPONG MAWAT JAUH DARI LAUT" PART I

Sunday, March 7, 2021 at 7:07 PM



Mahsuri Tracing: “Semua Penduduk Kampong Mawat Termasuk Mahsuri Berbendang Kerana Kampong Mawat Jauh Dari Laut” Part I
by Suhaimi Fadzir
2021
100cm x 75cm x 30cm
Mixed Media Assemblages
‘Red Dot’ show
Core Design Gallery

INVISIBLE INVADERS

at 6:57 PM




 

INVISIBLE INVADERS:
QUEEN ELIZABETH II AND KING GEORGE VI
By Hirzaq Harris
2020
100cm x 100cm x 2 panels
Acrylic and Bitumen on Canvas
‘1 Meter Apart’ group show
Core Design Gallery



BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates