Showing posts with label Print on Paper. Show all posts
Showing posts with label Print on Paper. Show all posts

RUMAH MAK

Thursday, November 24, 2022 at 8:44 PM

Rumah Mak

Macam dulu-dulu
Duduk rumah Mak
Maklah yang buat kopi
Maklah yang hidang nasi
Maklah yang basuh baju
Kita bagai kembali anak-anak
Dimanjakan Mak
Sekali harung dengan cucu-cucunya
Apabila di tepi tembok, 
.... kita menghisap rokok 
.... kita menenung Mak 
.... dia di dalam dapur 
.... matanya menitis kesunyian 
Teringatkan Bapaklah tu 
Apabila di tepi tembok, 
.... kita tunduk 
.... menerima seadanya


Oleh Jo Haq
24 November 2022
Bukit Jelutong






TAMAN KEMBARA

Sunday, August 21, 2022 at 4:14 AM

Taman Kembara

Aku ada di taman
Ditemani unggas
..... dan beburung riuh
Berpejam mata berumusan
Menunggu Jin kunjung tiba
Untuk meraikan pesta kembara
Kembara yang simfoninya indah
Bermain di benak kepala
Bagaikan burung camar
Yang mendamaikan jiwa


Oleh Jo Haq
31 Julai 2022
7:15 malam
Kuala Lumpur






DI PENTAS KHAYALAN

Monday, November 1, 2021 at 1:53 PM

Di Pentas Khayalan

Di Pentas Khayalan
Akulah ahli silap mata
Akulah abang kau yang terutama
Semua kau mahu aku berikan
Aku zahirkan keluar dari topiku
Kau nak wang Ringgit?
Aku taburkan
Kau nak wangi-wangian?
Aku semburkan
Kau nak kain berwarna-warni
Aku pakaikan
Kau nak karpet merah menyala?
Aku hamparkan
Biarkan kau hanyut di lautan keduniaan
Tapi ingat!
Kau akan terhutang budi dengan aku
Kau akan jadi milik aku
Muargghhhhh....
hahahahahaha.....


Oleh Jo Haq
25 Oktober 2021
8:40 malam
Brickfields




BUANA SUDAH GILA

Tuesday, September 7, 2021 at 3:36 AM


Buana Sudah Gila

Bulan
Bintang
Dan Matahari
Engkaulah saksi
Dunia ini di ambang
.................. kehancuran


Oleh Jo Haq
7 September 2021
3:35 pagi
KL Eco City




MILIK DIA

Sunday, November 22, 2020 at 12:44 PM

MILIK DIA

Hari ini sungguh indah
Matahari bersinar cerah
Langit biru dan awan berkepul
Burung merbah berkicauan
Pohon sakura berbunga lebat
Ikan di kolam menari sakan
Hati ini pun ada tenang
Kisah hidup semakin cekal
Rezeki sederhana tetapi cukup
Anak-anak pun tersenyum riang
Dan luka di tangan sembuh pulih
Di sebalik bayang ada kerdipan
Jika ditenung, ianya harapan
Cuma perlu penghayatan
Yang dunia ini milik Dia


Oleh Jo Haq
22 November 2020
12:37 tengahari
Damansara Utama
Buanaseni Studio




KHABAR BAIK KAWAN

Tuesday, November 17, 2020 at 11:15 AM

KHABAR BAIK 

Hey! kawan
Apa khabar teman?
Aku di sini bosan sakan
Bosan seperti di hutan 
Bosan dibelenggu ketakutan
Manusia dipenjarakan
Kuman banyak bertaburan
Hantu-hantu berkeliaran
Ahli politik kencing diteran
Media sosial kurang-ajaran
Memang semua kita tak hairan
Hey! Kawan
Apa khabar teman?
Aku, khabar baik kawan


Oleh Jo Haq
17 November 2020
11:10 pagi
Brickfields
Buanaseni Studio




RESAH

Wednesday, November 11, 2020 at 10:06 AM

RESAH

Setapak ke kanan
Setapak ke kiri
Pinggang pun dah kejang
Punggung membutuhi sofa panjang
Kopi hitam tadi kehilangan suam
Tergaru jua tangan yang beruam
Ahhh... 
Kusut kepala dibuatnya
Sakit jiwa pun ada
Rokok kretek tadi dah terpadam
Mangkuk penuh tiada lagi badam
Televisyen bercerita bangang
Di radio muzik lama tiada ruang
Mahu dipetik lagu cinta yang putus
Tetapi tali gitar E sudah putus
Mahu diluncur lagak di Facebook
Tetapi manusia tingkahannya beruk
Haihhh... 
Di mana ketenangan yang dicari?
Apabila hidup ini bagai digari
Dibelenggu menifesto basi
Diselimut udara yang sepi
Bertemankan resah di hati
Sendiri...

Oleh Jo Haq
11 November 2020
10:05 pagi
Kuala Lumpur
Buanaseni Studio






KONSPIRASI

Saturday, May 18, 2019 at 2:04 PM


Konspirasi
Muhammad Hasbi Hazairin
2019
Linocut Print on Paper
15cm x 21cm
3/13
Segaris Art Center
"One Over Two" Group Show
Kuala Lumpur International Miniprint Exhibition ('KLIMEX') 2019
Acquired on 17 May 2019


TIDAL BLUES

at 2:00 PM



Tidal Blues
Abdul Rashid Mohd Nor
2019
Linocut and Woodcut Print on Paper
20cm x 20cm
1/5
Segaris Art Center
"One Over Two" Group Show
Kuala Lumpur International Miniprint Exhibition ('KLIMEX') 2019
Acquired on 17 May 2019

TIME MACHINE

at 1:54 PM


Time Machine
Ahmad Amsyar Mat Yatim
2019
Etching Print on Paper
13.5cm x 16cm
2/2
Segaris Art Center
"One Over Two" Group Show
Kuala Lumpur International Miniprint Exhibition ('KLIMEX') 2019
Acquired on 17 May 2019

MATA-MATA

at 1:47 PM


Mata-mata
Muhamad Arif Mohd Hassan
2019
Etching and Aquatint Print on Paper
13.5cm x 17cm
1/10
Segaris Art Center
"One Over Two" Group Show
Kuala Lumpur International Miniprint Exhibition ('KLIMEX') 2019
Acquired on 17 May 2019

GODZILLA IN ACTION

at 1:33 PM



Godzilla in Action
Luqman Alhakim Abdul Rahman
2019
Linocut Print on Paper
20cm x 15.5cm
1/5
Segaris Art Center
"One Over Two" Group Show
Kuala Lumpur International Miniprint Exhibition ('KLIMEX') 2019
Acquired on 17 May 2019

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates