Setapak ke kanan
Setapak ke kiri
Pinggang pun dah kejang
Punggung membutuhi sofa panjang
Kopi hitam tadi kehilangan suam
Tergaru jua tangan yang beruam
Ahhh...
Kusut kepala dibuatnya
Sakit jiwa pun ada
Rokok kretek tadi dah terpadam
Mangkuk penuh tiada lagi badam
Televisyen bercerita bangang
Di radio muzik lama tiada ruang
Mahu dipetik lagu cinta yang putus
Tetapi tali gitar E sudah putus
Mahu diluncur lagak di Facebook
Tetapi manusia tingkahannya beruk
Haihhh...
Di mana ketenangan yang dicari?
Apabila hidup ini bagai digari
Dibelenggu menifesto basi
Diselimut udara yang sepi
Bertemankan resah di hati
Sendiri...
Oleh Jo Haq
11 November 2020
10:05 pagi
Kuala Lumpur
Buanaseni Studio
0 comments