Di gumpulan bintang sana
Mungkin ada yang memanggil
Tapi entah, tenggelam
Tiada ia jelas kelihatan
Beribu berselerak di langit
Tapak terpaku lemah
Mahu diangkat
Mahu aku terbang
Tapi tujuan tidak menentu
Aku berkira-kira
Membilang waktu
Menunggu turunnya sinar
Yang membawa jiwa baru
Yang meransang senyuman
Yang merawat hamparan hitam
Dengan kerdipan bintang
Agar tidak hitam,
... kanvas hidup ini
Oleh Jo Haq
8 November
2020
11:12 pagi
Damansara Utama
Buanaseni Studio
0 comments