Bapak
Raut wajahmu yang sabar
Mungkin menyingkap memori lama
Atau nasib
sanak saudara
Masih dia berkopiah ke mana saja
Masih dia bercerita politik waja
Masih penuh dengan nasihat agama
Kini Bapak bertemankan tongkat
Kaki yang dulu
mangkor sudah penat
Ubat hospital pun tersukat
Dahulu aku sering bertengkar
Dengan Bapak aku engkar
Darah mudaku itu layak ditampar
Tetapi hari ini aku
terima
Semua apa yang dia berkata
Agar dapat dia ketenangan jiwa
Kerana Bapak
sudah semakin tua
Kerana suatu hari nanti,
... pasti aku akan rindu dengan dia
Oleh Jo Haq
11 November 2020
11:55 pagi
Kuala Lumpur
Buanaseni Studio
0 comments