Di Pentas Khayalan
Akulah ahli silap mata
Akulah abang kau yang terutama
Semua kau mahu aku berikan
Aku zahirkan keluar dari topiku
Kau nak wang Ringgit?
Aku taburkan
Kau nak wangi-wangian?
Aku semburkan
Kau nak kain berwarna-warni
Aku pakaikan
Kau nak karpet merah menyala?
Aku hamparkan
Biarkan kau hanyut di lautan keduniaan
Tapi ingat!
Kau akan terhutang budi dengan aku
Kau akan jadi milik aku
Muargghhhhh....
hahahahahaha.....
Oleh Jo Haq
25 Oktober 2021
8:40 malam
Brickfields
0 comments