A SIMPLE TEMPLATE: MC OF A MALAY WEDDING

Saturday, November 26, 2011 at 2:50 PM

Title: A Simple template: MC of a Malay Wedding
Medium: Script template
Author: Johan Ishak
Date: 26 November 2011
Place of creation: Bangi & Shah Alam
www.buanaseni.blogspot.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


MAJLIS PERKAHWINAN [NAMA] DAN [NAMA] : [TARIKH]


PERMULAAN:

• Majlis mengumumkan ketibaan pengantin [Nama] dan [Nama]
• {Kompang dan perarakan pengantin diiringi lagu}
• Majlis menjemput Y. Bhg. [Nama] untuk membacakan doa
• {Ustaz membaca doa}
• Terima kasih Y. Bhg. [Nama]
• {Baca pantun di bawah}

Semangkuk Sago, Gula Melaka
Keropok Binjal, Buah Bidara
Yang Ditunggu-tunggu Sudah Pun Tiba
Cuma yang Tinggal Santapan Diraja


• Dipersilakan para hadirin untuk menjamu selera
• {Hadirin menjamu selara}
• {Pertunjukan video}


PENUTUP:

• Majlis menjemput kedua ibu dan bapa pengantin lelaki, Y. Bhg. [Nama] dan [Nama] untuk memberi sepatah dua kata
• {Ucapan dari bapa pengantin}
• Terima kasih Y. Bhg. [Nama] dan [Nama]
• Majlis menjemput kedua mempelai untuk memotong kek
• {Pengantin ke meja kek diiringi lagu. Pemotongan kek}
• Seterusnya dijemput kedua pengantin ke pintu gerbang untuk bersalam-salaman dengan para jemputan
• Bagi pihak keluarga pengantin, saya menyusun sepuluh jari meminta maaf sekiranya terdapat apa-apa kekurangan pada majlis yang tidak seberapa ini
• {Baca pantun di bawah }

Secangkir Selasih Semanis Puan
Sepotong Halua Buat Yang Tersayang
Terima Kasih Tuan dan Puan
Kehadiran Semua Sungguhnya Dikenang


• Saya sudahi majlis ini dengan kalimah suci Wabilllahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates