TUA SEDAR DIRI

Tuesday, April 2, 2013 at 12:46 AM
www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 11:59 malam, 1 April 2013, Shah Alam


TUA SEDAR DIRI

Pak Tua termenung,....
Ternganga sampai lalat masuk mulut
Memikirkan dunia sekeliling
"Aku dah tua", ujarnya
"Aku dah tua", jeritnya
Baru pagi tadi Pak Tua bergaduh dengan budak Si Rosli tu
Rosli bilang, "Pak Tua, aku dah bayar sewa"
Pak Tua bising, "Kan aku dah kata pakai chek. Jangan pakai Maybank2U"
Pak Tua merungut, "Kan aku dah kata aku tak reti internet-internet ni semua"

Pak Tua termenung lagi,....
Menghirup kopi Hang Tuah
Merindui anak cucunya
"Aku dah tua", bisiknya
"Aku dah tua", sedunya
Baru semalam Pak Tua dapat khabar sms dari cucunya Amir
Amir bilang, "Tok, jomlah sembang pakai webcam"
Pak Tua bengong sendiri, "Ape kejadahnya webcam ni?"
Pak Tua membalas sms, "Tok tak reti webcam-webcam ni semua"

Pak Tua termenung lagi,....
Mengira tasbih manik di dalam genggaman
Mengungkap zaman silam
"Aku dah tua", nangisnya
"Aku dah tua", sebaknya
Baru setahun lalu arwah isterinya pernah mengadu
Isterinya gomel, "Bang, bila kita nak pergi Mekkah ni? Dah tua kita"
Pak Tua panas, "Nantilah kau pun. Kalau pergi sapa nak jaga sawah ni semua?"
Pak Tua kini kesal, "Sayang, Abang berdosa tak bawak kau pergi Mekkah"

Pak Tua termenung lagi,....
Menghembus asap rokok
Mengurut dada yang sesak
"Aku dah tua", insafnya
"Aku dah tua", taubatnya
Baru enam bulan lalu doktor ishtihar penyakit barahnya
Doktor kata, "Pakcik, dah teruk barah ni. Pakcik henti sajelah rokok tu"
Pak Tua selamba, "Kalau nak mati tu mati jugak kan?"
Pak Tua tersenyum, "Tak guna hidup. Bukannya aku paham pun dunia sekarang"
Pak Tua tenang, "Aku nak bersama isteri aku. Aku rindu dia"


0 comments

Post a Comment

There was an error in this gadget

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates