KE MANA MENGHILANGNYA DR ZAMRI?

Thursday, December 6, 2018 at 9:45 AM

Ke Mana Menghilangnya Dr. Zamri?

Sang mentari terbit di ufuk timur
Namun tidak kelihatan Dr. Zamri
Rembulan sudah bersinar penuh
Namun tidak kelihatan Dr. Zamri
Pepohon buluh rakus menakluk sepadang tanah
Namun tidak kelihatan Dr. Zamri
Teratai layu jatuh terjuntai lemah
Namun tidak kelihatan Dr. Zamri
Anak berudu sudah melompat keluar dari kolam
Namun tidak kelihatan Dr. Zamri
Kulat di roti sudah menghijau subur
Namun tidak kelihatan Dr. Zamri
Anak dara Pahang sudah dipinang
Namun tidak kelihatan Dr. Zamri
Beluncas hina kini rama-rama gah narsistik
Namun tidak kelihatan Dr. Zamri
Sang bunian sudah kembalikan Elvis kepada masyarakat
Namun tidak kelihatan Dr. Zamri
Ke mana menghilangnya Dr. Zamri?
Suatu persoalan misteri


Nukilan oleh:
Johan Ishak
9.41 pagi
6 Disember 2018
Kelana Jaya

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates