MERDEKA
Friday, August 28, 2020
at
8:00 AM
| Posted by
Johan
MERDEKA
Merdeka itu tidak semestinya zahir
Merdeka itu datang dengan keajaiban
Merdeka itu kedua-duanya pintu....
Yang tutup
Yang buka
Yang ditutup
Yang dibuka
Yang akan ditutup
Yang akan dibuka
Apabila lerainya sakura putih
Bersendirian ranting kayu
Kemudian tumbuh dauh hijau
Apabila hancur perasaan
Dibuangkan air mata
Kemudian ditunjukNya sinar hidayah
Apabila kita tenung
.... dan renung
Kita ini, sudah Merdeka
Oleh Jo Haq
28 Ogos 2020
7.43 pagi
Buanaseni Studio
Shah Alam
Posted In Poem (Malay) | |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments