Termenung menyengkang mata
Berlinangan air mata menitis
Beratnya dada menanggung
Kusutnya jiwa berumus
Terpancarlah fatamorgana
Sesuatu yang sudah hilang
Maka lalulah angin harum
Semerbak bunga-bungaan syurga
Menegakkan tunjang
Menjenguk sekeliling
Bertanya-tanya di pojok nurani
Anak
Adakah itu engkau?
Kau melawat ayah?
Damaikanlah engkau di sana
Tunggulah kami di langit biru
Pasti bersatu lagi
Untuk mengubat rindu dan sepi
Assalamualaikum
Wahai Anak Syurga
Oleh Jo Haq
25 April 2022
Shah Alam
Untuk layanan memori dan nostalgia arwah Ian Zuhayr Bin Johan (10 Jun 2011 - 25 April 2022), yang menerima jemputan pulang dari yang Maha Esa semasa di Hospital Selayang melalui instrumenNya iaitu Multisystem Inflammatory Syndrome for Children (MIS-C), satu komplikasi pasca-Covid19. Arwah Ian kini bersemadi di D8859 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Innalillahi Wainnailaihi Rojiun
(Foto pusara mengandungi maklumat yang salah iaitu tarikh kematian dimana, 26/4/22 sepatutnya 25/4/22. Walau bagaimanapun, ianya kini telah dibetulkan)
0 comments