HIJAU

Monday, June 27, 2022 at 6:22 PM


Hijau

Hijau itu,
dia memanggil
Apabila marhaen terdengar
Jeritan batin hijau itu
Menggeletarlah segala zat dan jasad
Dari sum-sum ke jerawat batu
Desakan hijau itu mencengkam
Mengalahkan Israil pencabut nyawa
Kerana apabila ia memanggil,
Manusia terbeliak
Terliur kedahagaan
Tercetus satu revolusi
Suatu keterampilan jiwa
Insan seni dan gelombang alam
Yang memberi makna kepada bunyi


Oleh Jo Haq
24 Jun 2022
Brickfields







0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates