SUATU FIRASAT NOKHTAH

Thursday, July 21, 2022 at 6:15 PM

Suatu Firasat Nokhtah

Juzuk ketiga-puluh 
Raka'at kedua-puluh satu 
Manik tasbih keseratus 
Episod ketiga belas 
Jarum di nombor dua belas 
Saat ke enam-puluh 
Muka surat akhir sebuah novel 
Titisan akhir dakwat tinta 
Tergugurnya dedaunan kuning 
Terbenamnya mentari di barat 
Di suasana mega jingga 
Dikala garisan melurus 
Dan terhentilah degup jantung 
Terpejamlah mata 
Untuk kembali pulang 
Menghenti kembara lara 
Maka terbisulah, 
... penglipurlara 
Al-kisahnya manusia tua 


Oleh Jo Haq 
21 Julai 2022 
3:30 Petang 
Shah Alam


 

TERIMA KASIH SYAHADAH

Tuesday, July 12, 2022 at 10:22 PM

Terima Kasih Syahadah

Dalam kekusutan dunia
Kita tenggelam terus
Tidak menghirau nikmat
Kita lihat lebah hinggap,
Di kuntuman bunga
Untuk kita, suatu kecantikan
Masih kita bongkak,
Tidak ingat ..... 
Namun dihantarNya wakil
Buat peringatan jiwa
Bahawa lebah itu, 
Menyambung zuriat pohon 
Di dalam tidak sedarnya 
Menghirup madu, 
Yang manis-manis belaka 
Walaupun lebah terkulai 
Di penghujung hikayatnya 
Lebah pasti sudah merasa, 
Nikmat alam dan kehidupan 
Cuma yang tinggal 
Untuk berterima-kasih 
Apabila kita di muka surat akhir, 
Kaki kita melentur tunduk 
Bagaikan sujud dengan sendiri 
Sebagai kiasan dan metafora 
Terima kasih kita, 
Kepada wakilNya dan Dia 


Oleh Jo Haq
12 Julai 2022
10:18 malam
Shah Alam







ZUHAYRKU YANG TIDUR

Friday, July 8, 2022 at 4:45 AM


Zuhayrku Yang Tidur - Version 2

Verse 1:
Kau pergi dulu sebelumku
Bagaikan burung terbang jauh
Melepasi langit biru
Oh! Syurgaku yang satu
Yang satu .....

Verse 2:
Kau pulang dulu kepadaNya
Kerna engkau milik Dia
Aku merelakan jua
Masamu kini sudah tiba
Oooo .....

Chorus:
Datanglah padaku
Di dalam mimpiku
Untuk berubatkan rindu
Zahirkan padaku
Dengan pelukan kasihmu
Zuhayrku yang tidur


Oleh Jo Haq
24 September 2023
9.39 malam
Bukit Jelutong





*****



Zuhayrku Yang Tidur - Version 1

Kau pergi dulu sebelumku
Bagaikan burung terbang jauh
Aku merindui tawamu
Oh! Syurgaku yang satu

Kau pulang dulu kepadaNya
Kerna engkau milik Dia
Aku merelakan jua
Masamu kini sudah tiba

Kau menghilang dulu langsung sunyi
Sejuk air mataku di pipi
Aku berdoa di hati
Bertemu engkau dalam mimpi

Oh! Indahnya pusaramu
Oh! Zuhayr ku yang tidur


Oleh Jo Haq
8 Julai 2022
4:14 pagi
KL Eco City

'TER'

at 12:50 AM


'Ter'

Terangkah hidup kita ini?
Terperangkap naluri dan jiwa
Tercabar keinginan nafsu
Terbangun cita-cita
Terbengkalai kesabaran
Terlupa yang kita ini,
Terpesong ke laut
Terasa mungkin ada dalang
Terang-terang mengencing kita
Terpulanglah pada kita
Terima seadanya
Terus luput dirakus zaman 
..... atau
Terangsang untuk terjah


Oleh Jo Haq
8 Julai 2022
KL Eco City


PANDA POLIS

Wednesday, July 6, 2022 at 6:55 PM

 







Panda Polis
By Johan Ishak
2022
Stylus on Samsung Note 10+



PANDA CONVICT

Sunday, July 3, 2022 at 5:55 PM

 







Panda Convict
By Johan Ishak
2022
Stylus on Samsung Note 10+



BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates