Dalam kekusutan dunia
Kita tenggelam terus
Tidak menghirau nikmat
Kita lihat lebah hinggap,
Di kuntuman bunga
Untuk kita, suatu kecantikan
Masih kita bongkak,
Tidak ingat .....
Namun dihantarNya wakil
Buat peringatan jiwa
Bahawa lebah itu,
Menyambung zuriat pohon
Di dalam tidak sedarnya
Menghirup madu,
Yang manis-manis belaka
Walaupun lebah terkulai
Di penghujung hikayatnya
Lebah pasti sudah merasa,
Nikmat alam dan kehidupan
Cuma yang tinggal
Untuk berterima-kasih
Apabila kita di muka surat akhir,
Kaki kita melentur tunduk
Bagaikan sujud dengan sendiri
Sebagai kiasan dan metafora
Terima kasih kita,
Kepada wakilNya dan Dia
Oleh Jo Haq
12 Julai 2022
10:18 malam
Shah Alam
0 comments