LANDSKAP INDUSTRI TV MALAYSIA: APA YANG HARUS DIROMBAK?

Wednesday, May 17, 2023 at 11:14 AM

 


LANDSKAP INDUSTRI TV MALAYSIA: APA YANG HARUS DIROMBAK? 

Oleh Johan Ishak

17 May 2023


TELEVISYEN di Malaysia, sebagai sebuah industri, telah berkembang maju setelah berdekad yang lalu sehingga kini berlandaskan saluran digital (Digital Terrestrial Television (DTTV)) yang di sempurnakan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD). Namun, pihak stesen televisyen swasta berdepan dengan pelbagai kekangan yang membantutkan perkembangan ekonomi industri ini. Antaranya adalah:



1. Disrupsi Digital: Perbelanjaan Iklan televisyen (TV Adex) yang dahulunya (2012) pernah mencapai RM2 bilion setahun sudah merosot kepada RM800 juta (2022) kerana dihakis oleh perkembangan pengiklanan digital seperti Facebook, Google dan YouTube. Kebanyakan platform-platform digital ini bukan sahaja menjejas sumber pendapatan stesen-stesen televisyen tempatan tetapi ianya juga menjejaskan sumber pendapatan Kerajaan dari pungutan cukai. Ini adalah kerana platform digital menyalurkan pendapatan iklan mereka ke luar negara seperti Singapura dan Ireland.



2. Kewajaran Penapisan: Penapisan kandungan juga memainkan peranan yang kritikal dimana penapisan kandungan untuk digital adalah lebih liberal dari televisyen. Ini menyekat aliran iklan ke televisyen dengan keadaan yang tidak adil dan saksama (Non-level Playing Field) kerana pihak penonton yang sama juga menggunakan kedua-dua platform televisyen dan digital tidak kira umur termasuk kanak-kanak.



3. Keseimbangan Peluang Pendapatan: Industri televisyen Malaysia merangkumi televisyen tidak berbayar (Free-to-Air (FTA)) dan televisyen berbayar (Pay TV). Pihak FTA hanya meraih pendapatan dari pengiklanan. Di sebaliknya, pihak Pay TV meraih pendapatan dari pengiklanan dan juga pembayaran subskripsi (Subscription) oleh penonton. Oleh kerana itu, pihak FTA sekali lagi berdepan dengan situasi Non-Level Playing Field.



4. Ketelusan Ukuran Penonton Televisyen: Industri televisyen Malaysia bergantung kepada ukuran penonton, iaitu TAM, yang disukat oleh pihak perunding profesional Nielsen Audience Measurement untuk FTA. Manakala pihak Pay TV menggunakan perunding profesional yang lain iaitu Kantar. Perbezaan kaedah antara kedua-dua perunding ini menimbulkan pelbagai kekeliruan dikalangan stesen-stesen televisyen di Malaysia. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini di dalam process merubah keadaan ini dengan bermulanya perancangan ukuran selari (Single Television Audience Measurement (STAM)). Penggerak FTA menyokong inisatif ini tetapi berharap audit luar yang sewajarnya perlu diketengahkan di dalam implimentasi STAM. Sementara menunggu implimentasi STAM, langkah sewajarnya perlu diambil untuk mengaudit ukuran penonton sedia ada di bawah pengurusan Nielsen.



5. Peranan RTM: Industri televisyen Malaysia yang berkembang maju dengan pemain-pemain industri swasta selama ini bersaing dengan RTM dimana ianya bukan sahaja menjejaskan syer penonton (Viewership Share) dan syer pendapatan (Revenue Share) pihak televisyen swasta, malah mengganggu negosiasi kos pihak televisyen dengan syarikat-syarikat produksi kandungan televisyen. Operasi pihak RTM akan lebih bermakna jika ianya berkecimpung di dalam hal-hal yang tidak dirangkum oleh stesen televisyen swasta seperti kandungan pendidikan, sejarah, dokumentari dan yang segolongan dengannya.



6. Peranan FINAS: Setelah meneliti langkah-langkah FINAS di kala "MCO - Covid19" (2020 - 2021), pihak penggerak FTA merumuskan bahawa FINAS tidak membantu industri dengan baik berdasarkan kepada perkara-perkara di bawah:



a) FINAS hanya melibatkan stesen televisyen tertentu sahaja untuk implimentasi geran kandungan televisyen di bawah PENJANA untuk syarikat-syarikat produksi televisyen. Walaupun pihak stesen TV swasta khususnya yang baru beroperasi sedia berkolaborasi, FINAS tidak menghiraukan hal ini. Malah, FINAS membebankan lagi pihak penggerak FTA dengan proses-proses untuk kelulusan. Sewajarnya, kesemua stesen televisyen FTA harus dijadikan saluran untuk membantu syarikat-syarikat produksi televisyen.



b) Sepanjang "MCO - Covid19" (2020 - 2021), pihak FINAS lewat dalam membuat rangka norma baharu untuk produksi televisyen sehingga pihak televisyen swasta terpaksa menunggu ataupun mencari jalan penyelesaian alternatif. Adalah difahamkan bahawa pihak FINAS hanya mengeluarkan rangka norma baharu selepas memplagiat kaedah alternatif yang diguna-pakai oleh pihak stesen televisyen. Contoh kaedah baharu adalah: "Lockdown" krew penggambaran dan artis di hotel kosong untuk menjalankan penggambaran lengkap dengan "SOP Covid19" yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara.



7. Kos Transmisi Yang Tinggi: Pihak penggerak FTA mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar MYTV sejumlah RM6 juta setahun hanya untuk 30% perumahan yang menonton televisyen. 70% perumahan penonton televisyen menonton stesen FTA melalui satelit, iaitu Astro. Demi mikroekonomi televisyen swasta, mereka terpaksa membayar sejumlah yang besar hampir kepada kos MYTV juga kepada Astro untuk terus menyiar kepada 70% perumahan televisyen yang tidak terlingkup oleh MYTV. Ini adalah satu situasi perniagaan yang merumitkan pihak stesen televisyen dari segi kos.



Pihak penggerak FTA berharap agar pihak kerajaan khususnya KKD dan MCMC dapat merubah polisi industri dengan komitmen yang wajar (Affirmative Action) demi keberlangsungan ekonomi industri televisyen Malaysia. Pihak Penggerak FTA bersedia untuk berbincang dengan lebih lanjut.




***** tamat *****

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates