Tetamu Arafah
Kita ini musafir-musafir hina
Namun Dia tutupnya aib itu
Dijemput sebagai tetamuNya
Disambut dengan cintaNya
Berhentian kita kepanasan
..... bagaikan di Mahsyar
Berbalut kita kain putih
..... bagaikan dikapan
Kita sambut panggilanNya
Kita akur tuntutanNya
Kita korban nikmat dunia
Kita berserah dimakbul doa
Maka lontarkan jauh keburukan
Berpusing dan berlari anak
.... dan berteguk air telaga
Lalu merintih jiwa kita
..... takutnya pada api neraka
Mahu kita buang dosa-dosa
Sehingga kosong bakul itu
Bagaikan dicukur buang rambut
Semoga sepantas kilat
..... kita merentas titian
Hatta, tertutuplah tawarikh
..... dan bermulalah takwim putih
Aamiin .....
Ya Rabbal Alamin
Oleh Jo Haq
3:21 petang
24 Jun 2023 / 6 Zulhijjah 1444
Mekkah
0 comments