GAHNYA WARNA ITU

Tuesday, August 1, 2023 at 12:27 AM

 


Gahnya Warna Itu


Dari cahaya itu berpecahlah tujuh

Merentas awan dan kabus

Di gunung-ganang sana

Puncaknya beku dan menggigil

Menutupi bebatuan keras

Menjadi ilham di kanan otak

Kerana dari bentangan asal

Bercoraklah warna-warna lukisan

Yang Sang Seniman pasti bersyukur

Dari kesucian itu juga

Terlarutlah khasiat alam

Ke tubuh-tubuh anak-anak

Menjanjikan lubuk ilmu

Membenarkan seruan yang tersampai

Maka berselempanglah manusia

Dengan kedua-dua helaian

Menonjolkan mangkornya

Tangan kanan perwira tauhid

Melontar jauh kehitaman dosa

Agar bersih dan jernih jiwa

Kerana di suatu masa yang pasti

Akan berbalut jua jasad kita ini

Ke dalam kegelapan ketakutan

Hanya dengan warna yang asal

Yang dahulunya duniawi bermula

Sebelum kita mempersetankan diri

Sehingga kita rakus mengotorkan

Warna yang sepatutnya gah


Oleh Jo Haq

1 Ogos 2023

12:12 pagi

Bukit Jelutong




0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates