Dimensi Penceritaan Hidup
Maka dongaklah ke langit
Sungguh tinggi harus di panjat
Termengah-mengah nafas lelah
Yang disimbah warna kehidupan
Sang Kucing di tingkap usang
Ia memerhati insan-insan
Yang lagaknya agak keliru
Hasrat mungkin nak ke bulan
Langsung tiang lampu berbaris
Tidak jua termampu dipanjat
Akhirnya kita ini terkongkong
Di dalam sempadan hidup
Yang pasti telah ditentukan
Cuma hanya yang tinggal
Adalah persoalan-persoalan hidup
Samada mahu berdiri kendiri
Di dalam sinaran cahaya
Ataupun melingkup sungkur
Di dalam kegelapan
Oleh Jo Haq
17 Jun 2024
10 Zulhijjah 1445
10:00 malam
Bukit Jelutong
0 comments