WOKE UP TO A NIGHTMARE

Monday, September 12, 2022 at 6:29 AM

Woke Up to a Nightmare

I was in a horrible gun fight
Bullets flying around
One hit me in the chest
Crimson blood splashed
I fell onto the concrete floor
Crying in pain and agony
Flashing images of my sons
They smiled yet they cried
As they, whoever they are, 
.... rushed me to the hospital
I grasped tightly a key in my hand
That shall unlock my apartment door
Giving way to my assets
To be divided among the family
A few guitars and art pieces
Half dozen pairs of Converse
A stack of unread books 
And a Rolex from my father 
I closed my eyes wide shut 
In the darkness I saw light 
Calling me to cross over 
And when I did, 
I immediately woke up 
Gasping the thin air violently 
With dripping sweat, 
.... and the heart pounding 
I looked at the watch by my bed side 
It says 6:00 a.m. 
Much to my relief 
The Azan filled the air 
Calling for prayers 
From a nearby mosque 


By Jo Haq
12 September 2022 
6:16 am 
Bukit Jelutong





TAMAN KEMBARA

Sunday, August 21, 2022 at 4:14 AM

Taman Kembara

Aku ada di taman
Ditemani unggas
..... dan beburung riuh
Berpejam mata berumusan
Menunggu Jin kunjung tiba
Untuk meraikan pesta kembara
Kembara yang simfoninya indah
Bermain di benak kepala
Bagaikan burung camar
Yang mendamaikan jiwa


Oleh Jo Haq
31 Julai 2022
7:15 malam
Kuala Lumpur






SUATU FIRASAT NOKHTAH

Thursday, July 21, 2022 at 6:15 PM

Suatu Firasat Nokhtah

Juzuk ketiga-puluh 
Raka'at kedua-puluh satu 
Manik tasbih keseratus 
Episod ketiga belas 
Jarum di nombor dua belas 
Saat ke enam-puluh 
Muka surat akhir sebuah novel 
Titisan akhir dakwat tinta 
Tergugurnya dedaunan kuning 
Terbenamnya mentari di barat 
Di suasana mega jingga 
Dikala garisan melurus 
Dan terhentilah degup jantung 
Terpejamlah mata 
Untuk kembali pulang 
Menghenti kembara lara 
Maka terbisulah, 
... penglipurlara 
Al-kisahnya manusia tua 


Oleh Jo Haq 
21 Julai 2022 
3:30 Petang 
Shah Alam


 

TERIMA KASIH SYAHADAH

Tuesday, July 12, 2022 at 10:22 PM

Terima Kasih Syahadah

Dalam kekusutan dunia
Kita tenggelam terus
Tidak menghirau nikmat
Kita lihat lebah hinggap,
Di kuntuman bunga
Untuk kita, suatu kecantikan
Masih kita bongkak,
Tidak ingat ..... 
Namun dihantarNya wakil
Buat peringatan jiwa
Bahawa lebah itu, 
Menyambung zuriat pohon 
Di dalam tidak sedarnya 
Menghirup madu, 
Yang manis-manis belaka 
Walaupun lebah terkulai 
Di penghujung hikayatnya 
Lebah pasti sudah merasa, 
Nikmat alam dan kehidupan 
Cuma yang tinggal 
Untuk berterima-kasih 
Apabila kita di muka surat akhir, 
Kaki kita melentur tunduk 
Bagaikan sujud dengan sendiri 
Sebagai kiasan dan metafora 
Terima kasih kita, 
Kepada wakilNya dan Dia 


Oleh Jo Haq
12 Julai 2022
10:18 malam
Shah Alam







ZUHAYRKU YANG TIDUR

Friday, July 8, 2022 at 4:45 AM


Zuhayrku Yang Tidur - Version 2

Verse 1:
Kau pergi dulu sebelumku
Bagaikan burung terbang jauh
Melepasi langit biru
Oh! Syurgaku yang satu
Yang satu .....

Verse 2:
Kau pulang dulu kepadaNya
Kerna engkau milik Dia
Aku merelakan jua
Masamu kini sudah tiba
Oooo .....

Chorus:
Datanglah padaku
Di dalam mimpiku
Untuk berubatkan rindu
Zahirkan padaku
Dengan pelukan kasihmu
Zuhayrku yang tidur


Oleh Jo Haq
24 September 2023
9.39 malam
Bukit Jelutong





*****



Zuhayrku Yang Tidur - Version 1

Kau pergi dulu sebelumku
Bagaikan burung terbang jauh
Aku merindui tawamu
Oh! Syurgaku yang satu

Kau pulang dulu kepadaNya
Kerna engkau milik Dia
Aku merelakan jua
Masamu kini sudah tiba

Kau menghilang dulu langsung sunyi
Sejuk air mataku di pipi
Aku berdoa di hati
Bertemu engkau dalam mimpi

Oh! Indahnya pusaramu
Oh! Zuhayr ku yang tidur


Oleh Jo Haq
8 Julai 2022
4:14 pagi
KL Eco City

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates