PUSARA ZAMAN

Saturday, April 23, 2011 at 1:31 PM
www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 9:48 mlm, 2 Febuari 2007, Shah Alam

PUSARA ZAMAN

Pusara Zaman pusara tamadun
Manusia alpa
Kerna rakus membolot dunia
Apa yang ada tanpa kesedaran
Hanya padang kontang
Yang ditakluk unggas
Unggas gila
Unggas durjana
Orang kita kononnya gah
Tapi,.....
Orang kita lakonannya bah
Ditelan zaman
Ayuh kawan
Ayuh kontemporariku
Mari kita laungkan semangat dulu
Semangat bara teman-teman
Semangat syair yang dipinta dulu
Yang kini hanya berbekalkan
Satu azam
Untuk kesinambungan
Kita, orang kita
Dan meluputkan
Persoalan
Pusara zaman

0 comments

Post a Comment

There was an error in this gadget

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates