SYAWAL DI PERANTAUAN

Saturday, April 23, 2011 at 1:55 PM
www.buanaseni.blogspot.com
Johan Ishak, 15 Oktober 2005, London, United Kingdom

SYAWAL DI PERANTAUAN

Aku masih di kantor
Memetik butang-butang komputa
Membeliakkan biji mata
Bekerja di perantauan
Kawan-kawan di kampung masih lagi cuti
Berhari-raya
Berperang meriam buluh
Beratah rendang dan pulut kachang
Aku sesal
Kerna tidak menghargai semua
Kini aku sebak dan terharu
Akan perhargaan kawan dan keluargaku
Jika diizinkan kembali
Ingin aku bazirkan masaku
Bersama kawan-kawan dan keluarga
Bersama isteri dan anak chomel
Bersama bangsaku yang riang ria
Tapi apakan daya
Aku masih di perantauan
Bertemankan sunyi dan sepi
Dan hanya mampu memohon maaf
Melalui emel yang ringkas

0 comments

Post a Comment

There was an error in this gadget

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates