ALI, ABU, AH KAW DAN RAMASAMY

Tuesday, February 12, 2013 at 7:14 AM

www.buanaseni.blogspot.com

Tajuk: Ali, Abu, Ah Kaw dan Ramasamy
Penulis: Johan Ishak
Format: Cerpen
Tarikh: 12 Februari 2013
Masa: 7:08 pagi
Tempat: Shah Alam

* * * * *

Semua watak dan insiden di dalam cerpen ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana individu atau peristiwa di dalam dunia nyata melainkan fakta-fakta sejarah yang diguna-pakai. Jika ada nama tempat atau syarikat sebenar yang digunakan dalam cerpen ini, ia sekadar dimasukkan dalam konteks fiksyen dan tidak ada kena-mengena dengan tempat atau syarikat yang sebenarnya.

* * * * *

Dunia kini sedang melalui suatu pengelutan yang amat menakutkan. Umat manusia seakan alpa akan mala petaka yang bakal menimpa mereka hasil perbuatan mereka sendiri. Mereka seakan tidak mengendah bencana-bencana yang menimpa kehidupan seharian. Malah, sejarah dan sastera yang hikmahnya sebagai pengajaran langsung dibuang sebagai sampah yang busuk. Kejahilan bermaharajalela. Kehancuran alam berleluasa. Politik dan agama dipersendakan untuk keuntungan materialistik. Ekonomi dan kesihatan semakin tenat. Budaya dan tamadun diperogolkan. Mungkinkah Tuhan sudah amanatkan kiamat itu diperbentangkan oleh manusia itu sendiri?
 
Di tengah pengelutan itu, seekor makhluk asing, Asdfghjkl, dari sebuah planet jauh berjuta-juta batu, Planet Poiuytrewq (Planet P), tiba di Bumi manusia, khususnya sebuah semenanjung yang bergelar Malaysia. Setelah memasuki tubuh badan seorang manusia bernama Ali Riziad, beliau mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia untuk mempelajari konsep hidup makhluk bergelar manusia. Apabila dibandingkan dengan cara hidup di planetnya sendiri, manusia ini menjadi satu fenomena aneh. Dengan kewibawaan biologi manusia, mereka seolah-olah bodoh dan tidak tahu mengguna otak. Di dalam lautan negatif ini, Ali Riziad (ataupun jelmaan sebagai Ali Riziad) masih tertarik dengan manusia. Ada sesuatu yang unik dan suci mengenai manusia yang belum dapat dirumuskan secara logik. Ali meneruskan pengembaraannya di Bumi demi mencari jawapan untuk persoalan ini.

* * * * *

ALI, ABU, AH KAW DAN RAMASAMY
 
yaiful, driver aku cuti hari ini. Terpaksalah aku bawa kereta ni sendiri. Sabrina, isteriku, dan anak-anak aku semua dah balik kampung kat Melaka. Kononnya emaknya si Sabrina ni sakit kat hospital. Batu karang kot kalau tak silap. Tak apalah. Lagi pun cuti Raya Cina. Tahun Ular. Aku tak ambil kisah pun sangat. Ibubapa si Sabrina ni bukannya suka aku. Mana tak? Sebabkan aku, Sabrina Chuah masuk Islam sebab nak kawin dengan aku. Diorang ni, keluarga Chuah ni, Katolik kuat. Tak tinggal gereja. Sampaikan lumut kat tingkap pun boleh buat diorang menangis. Katanya menyerupai Mother Mary dan Baby Jesus Christ. Sanggup dari Melaka mereka naik ke Subang Jaya dekat Sime Darby Medical Centre nak lihat dengan mata sendiri lumut-lumut di tingkap hospital tu. Kadang-kadang aku fikir, Orang Melayu pun sama jugak. Percaya benda yang bukan-bukan. Hantulah, Bomohlah, Santaulah, entah makluk mana lagi yang diorang percaya. Selama aku kat Planet Bumi ni belum pernah lagi aku jumpa hantu. Kalau kat Planet P dulu pun pernah kami buat kajian pasal roh selepas mati. Tak ada bukti yang mereka (roh) wujud selepas mati. Kalau macam tu, agak pelik manusia ni percaya kehidupan selepas mati. Kalau diikutkan agama si Ali ni, roh selepas mati akan kembali ke Tuhan – Samada Syurga ataupun Neraka. Aku harap-harapkan si Ali ni ke Syurga bila dia mati sewaktu aku masuk ke dalam badannya. Hmmmmm…. Tak taulah. Banyak juga dosa si Ali ni.
 
     Aku hirup air kopi hitam kampung pekat Hang Tuah selepas memakan karipap dari Teapot Deli. Habis pinggan mangkuk, cawan semua aku campak ke dalam sinki. Nanti bila si Kakak Indon tu balik dengan Sabrina, bolehlah dia basuh. Buat apa bayar mahal-mahal sampai seribu Ringgit sebulan tak buat kerja setimpal? Melampau Kerajaan Indon ni. Baik aku ambil Pinoy saja. Diorang boleh ajar anak aku cakap English. Aku selongkar almari depan pintu mencari kasut Converse hitam aku. Tak jumpa-jumpa. Melampau si Kakak Indon ni. Sampai kasut aku pun entah mana dia letak. Habis aku campak semua kasut ke atas lantai. Nanti bila Kakak Indon tu balik dia boleh kemaskan. Kasi setimpal gaji yang dibayar. Ahh… jumpa jugak kasut Converse hitam. Setelah menyarung kasut, terus aku sarungkan jam tangan Rolex tahun 1968 yang dihadiahkan oleh orang kaya Cina, Boon Siew, pada arwah bapa aku. Si Boon Siew tu pun dah arwah. Aku galaskan beg selimpang Bally hitam yang aku beli di Cannes, Perancis, dan terus mengunci pintu dan pagar rumah. BMW aku sentiasa di luar pagar bila aku sorang-sorang di rumah. Malas nak keluar kereta mengunci pagar.
 
     Hari ini aku nak jumpa kawan-kawan lama si Ali ni. Aku nak selongkar kepala diorang sikit. Belajar pasal manusia. Lebih-lebih lagi diorang ni semua bangsa berlainan dan agama pun berlainan. Entah macamana boleh jadi kawan? Aku menaip sms, “Jumpa di Melting Pot Concorde,” dan terus menghantarnya ke tiga nama, Ramasamy, Ah Kaw dan Abu. Harap-harap diorang ingat janji nak jumpa hari ni. Terus aku kuatkan aircond kereta dan memasukkan CD Jimi Hendrix. Berkumandang lagu Spanish Castle Magic. Baru syok. Lagu-lagu macam ni bagi semangat bawa kereta laju. Langsung aku pijak accelerator dan BMW pun pergi, sepergi-perginya tak ingat dunia akhirat. Bangla di pondok jaga di jalan depan rumah terkejut dari tidur apabila BMW aku berdengus macam babi hutan. Tergopoh-gapah si Bangla tu berdiri menabik ke arah aku.
 
     Ingatkan bolehlah aku lenjan kereta ni sebaik mungkin, tapi sesampai je di tol Bukit Jelutong ada trafik jam pulak. Apasal cuti-cuti macam ni pun boleh trafik jam? Aku sungguh tak paham. Teruk sangat ke jalan raya kat Malaysia ni sampai senang sangat trafik jam? Selepas tol aku melenjan lagi tapi apabila sampai di persimpangan Bandar Utama, trafik jam lagi. Lahabau. Cheh! Rakyat Malaysia ni kaya sangat sampai semua nak pakai kereta. Mana tak? Public transport semua macam haram. Sampai orang semiskin-miskinnya pun sanggup pakai motosikal dari nak pakai public transport. Apa nama CEO syarikat public transport tu? Oh ya! Dato’ Shahrul, CEO Syarikat Jalan Clear Berhad. Aku harap-harapkan dia bolehlah buat perubahan sikit. Buat macam kat London tu. Banyak keretapi menjular sana-sini. Senang nak pergi mana-mana pun. Tak taulah tanah kat Lembah Kelang ni boleh tahan kalau nak buat keretapi bawah tanah. Kat Jalan Tun Razak boleh pulak buat terowong SMART Tunnel.
 
     Tak gerak-geraklah pulak trafik ni. Ada accident apa? Hmmm…. panas hati aku. Aku kena komplen ni. Nak aje aku tulis pada akhbar. Kasi tau satu Malaysia benda-benda yang aku bengang. Aku keluarkan dairi aku dari beg Bally dan terus menarik pen Mont Blanc hadiah hantaran dari Sabrina sewaktu kawin dulu dari poket jaket linen hitam aku. Terus aku mencatat, “Benda-Benda Yang Membengangkan di Malaysia.” Nombor satu, aku catatkan, “Trafik jam. Public Transport macam haram.”

     Tiba-tiba hon berbunyi dari belakang. Ohh,.. dah jalan pulak kereta di depan ni. Aku terus bergerak memenuhi ruangan di hadapan dan terus membuka tingkap sambil mengeluarkan jari hantu aku untuk ditujukan kepada kereta belakang yang hon kat aku. Plate nombor WBU88 kereta belakang ni. Cantik nombor. Nombor Cina. Lapan, lapan tu maknanya kaya, kaya. WBU agaknya “Wa Dapat Untung.” Langsung kereta tersebut hon lagi. Agaknya bengang aku tunjuk jari hantu. Mampos kau lah. Berani keluarlah. Kat bawah seat kereta aku ni si Syaiful dah sediakan besi kalau-kalau nak pukul orang. Aku bukannya Road Bully. Cuma kalau ada Road Bully kacau aku, sekurang-kurangnya aku bersedia. Aku tunggu tapi tak pulak kereta belakang ni hon lagi. Hmmm…. pedulikan. Baik aku layan Jimi Hendrix. Sekarang ni lagu Foxy Lady. Tak guna lagu ganas bila kereta tak boleh pergi laju. Haram jadah. Terus aku tukar dari CD ke radio BFM89.9. Itu aje pun radio yang aku minat. Semua yang lain lagu pop macam haram. BFM89.9 aje lagu rock and roll. Lagu Deep Purple, Highway Star, di udara. Bosanlah pulak. Asyik lagu tu saja. Banyak lagi lagu Deep Purple yang sedap-sedap tapi DJ ni tau satu lagu tu saja ke? Hmm… hampeh. Terus aku keluarkan CD Deep Purple aku sendiri, rakaman konsert Come Hell or High Water. Lagi best. Terus aku putarkan CD sambil menunggu trafik jam yang macam gampang ni.

     Apabila sampai di Concorde, aku semak sms. Ada sms dari Abu, “Bro, Concorde tak best. Kita pergi KLCC. Ada banyak awek.” Cheh! Jantan tak guna. Nasib baik aku tak parking kereta lagi. Langsung aku forwardkan sms tu kepada Ramasamy dan Ah Kaw dan terus aku melenjan ke arah KLCC. Sesampai sahaja di KLCC, ada lagi yang membengangkan aku. Cuti-cuti macam ni pun boleh tak ada parking kereta? Apa bala ni? Penat aku naik turun dari P1 ke P2 ke P3 tapi tak jumpa-jumpa parking. Bangsat betoi. Dulu Sabrina pernah ajar aku. Tak guna pusing sana-sini. Tunggu saja orang yang nak balik. Maka, aku pun tunggu di tepi. Ada pulak seorang makcik Melayu dengan anaknya yang nak keluar. Bagus idea si Sabrina ni. Pandai. Sebab tu aku kawin dia. Orang Cina memang pandai bab-bab nak menang ni semua. Apa orang kata? “Kiasu”? Seolah-olah “Kiasu” tu dah disebatikan ke dalam DNA mereka. Kalau orang Melayu? Bukan “Kiasu”,… “Kimak” adalah. Sebaik sahaja makcik tu keluar, aku pun terus masuk ke slot parking. Dekat dengan lif pulak tu. Sebelum memasukkan dairi ke dalam beg Bally, aku catatkan, “No.2 Parking yang tak cukup” di senarai benda-benda yang membengangkan di Malaysia itu tadi. Yelah, mana tak? Developer-developer ni semua tau nak kaut untung aje. Bina apartment, shopping centre semua tapi ruang parking yang tak mencukupi. Mereka sekadar memenuhi setakat minima kehendak penguasa. Kata mereka parking slot tak menguntungkan dari segi property development. Cheh! Kalau tak ada parking macamana orang nak hidup kat apartment atau nak pergi shopping. Bodoh lahanat ni semua.

     Aku selempangkan beg Bally dan terus mengunci BMW. Sebelum ke lif, sempat lagi aku mengambil foto nombor B3 di tiang sebelah kereta dengan telefon bimbit. Takut-takut nanti aku terlupa mana aku park kereta. Pernah sekali aku hilang tak jumpa kereta sebab terlupa di mana aku parking kereta. Mungkin aku ni pelupa ataupun Obsessive Compulsive Disorder tapi yang aku tau, aku tak nak membuang masa mencari kereta ni nanti bila nak balik.

     Di ruangan tunggu lif ada sepasang Melayu dengan stroller. Ada bayi. Bayi perempuan agaknya sebab semuanya warna merah jambu. Ada juga orang-orang lain di situ. Ramai pulak manusia-manusia yang tak reti duduk rumah. Asal cuti saja keluar pergi shopping. Banyak duit agaknya? Tapi asyik komplen gaji tak cukup. Hairan. Apabila pintu lif terbuka sahaja, berebut-rebut semua nak masuk sampai orang yang dalam lif pun tak sempat nak keluar. Pakcik yang dalam lif sampai terpaksa maki, “Woi! Boleh kasi aku keluar dulu tak?” Hmmm…. bukannya diorang ni semua hiraukan pasangan yang ada bayi tu. Akhirnya ada juga ruang untuk pasangan tersebut menghimpit dalam lif bersama strollernya. Aku cuma tersenyum sambil berkata, “Takpe. Saya ambil lif lain. Dah penuh tu.” Sebaik sahaja pintu lif tertutup, aku mengeluarkan dairi dan menulis, “No. 3 Perangai macam gampang bila nak masuk lif.”

     Jam di tangan masih pukul dua belas tengahari. Sepatutnya kami berjumpa pukul satu tengahari. Aku menyemak sms lagi. Abu ada hantar lagi, “Jumpa di Mandarin Oriental café lobby.” Pundek betul mamat ni. Asyik tukar-tukar tempat. Aku nak terkencing ni. Terus aku mengforwardkan sms tersebut ke Ramasamy dan Ah Kaw. Sms dari Ramasamy pun ada, “Yes Bro, we got the sms from Abu.” Hmmmm…. Buat penat aku sms diorang. Biarlah Abu aje yang sms diorang lepas ni. Hmm,, apa tadi. Oh Ya! Aku nak terkencing. Lantas aku ke tandas. Kena bayar dua Ringgit. Hairan manusia ni. Bukan sahaja nak kena berak dan kencing… kena bayar pulak tu. Kalau macam tu buat apa aku belajar tinggi-tinggi ijazah perakaunan. Baik aku minta modal dari Bapak aku buka tandas awam merata-rata dan caj manusia dua Ringgit sekali masuk. Rasanya lagi kaya dari buka restoran. Ada ramai pulak yang menunggu tandas ni. Elok sahaja pintu tandas terbuka, brader sial yang baru masuk tadi terus potong queue dan memasuki tandas tersebut. Apa bala? Aku tunggu sikit punya lama tiba-tiba senang-senang sahaja dia yang masuk. Cheh! Apabila pintu lain yang terbuka, terus aku gopoh masuk takut-takut nanti ada brader gampang yang lain pulak masuk. Apabila masuk, tak lah bersih tandas ni. Masih ada yang bodoh tak reti flush jamban. Air kencing merata-rata. Cheh! Jijik aku dengan hasil buangan manusia ni. Lantas aku menjerit pada Bangla yang menjaga tandas, “Macha! lu punya kerja kasi bersih kan? Gua bayar dua Ringgit buat apa? Tengok ni.”
 
     “Sorry Boss. Tak Nampak. Itu orang tadi keluar Boss terus masuk,” ujarnya. Betul jugak. Hmmmm….. kesianlah pulak aku panggil dia dengan cara kasar tadi.
 
     “Ahhh..ok, ok,… lu kasi bersih boleh?”

     “Ok boss,” katanya sambil membersih jamban. Sambil menunggu aku catat lagi di senarai di dalam dairi tadi, “No. 4 Tandas awam kotor.” Kemudian aku masukkan balik ke dalam beg.
 
     “Ok boss, sudah.”

     “Ok thank you,” lalu aku pun masuk. Setelah aku buangkan segala air busuk manusia ni yang terkumpul di pundi sejak dalam kereta tadi, aku pun menekan butang flush. Tiba-tiba teringat aku pada brader yang kurang ajar tadi. Langsung aku keluarkan dairi dan mencatatkan, “No. 5 Tak da courtesy tunggu Q.” Ada sms masuk dari Ah Kaw, “Bro, mana lu? Gua kat lobby.” Lagi satu sms pulak dari Ramasamy, “I am parking my car.” Lagi satu sms dari Abu, “Bro aku lambat sikit, kena singgah stesen minyak sebab meter petrol dah merah.” Haram jadah Melayu. Nilah perangai melambatkan acara. Tak respek langsung masa. Alang-alang tu aku masukkan aje nombor 6, “Tak respek masa.”

     Terus aku berlari anak ke arah Mandarin Oriental. Di ruangan antara KLCC dan Mandarin Oriental ada anak Cina menarik baju aku lantas berkata, “Boss, ni ada DVD baru mau beli ka? Cerita baru-baru semua ada. Spiderman ada, Life of Pi ada, James Bond baru punya Skyfall pun ada, yang tak keluar Malaysia pun ada, ini cerita gangster Gotti tak keluar Malaysia punya.”
 
     “Errrrr…. Saya dah lambat ni. Errrrr…. Lain kali saja lah,” terus aku berlari ke arah Mandarin Oriental sambil tersepak tin Coca-Cola di lantai. Malu aku orang Malaysia ni tak reti guna tong sampah. Sesampainya aku di pintu masuk Mandarin Oriental aku terus membuka pintu dan berdiri di tengah-tengah Lobby sambil melihat sekeliling. Tak ada pun si Ah Kaw ni. Yang ada lukisan-lukisan Ismail Latiff yang bermotifkan bulan di dinding. Agak jemu aku melihatnya. Tak ada idea lain. Asyik bulan saja. Ada pula Mat Salleh tengah menanyakan sesuatu kepada penjaga pintu, “Hello, can we have a taxi to Bukit Bintang please?” tapi si penjaga pintu tak menghiraukan Mat Salleh tersebut kerana masih berbual melalui telefon bimbit. Sungguh kurang ajar. Kalau dah tau kerja, telefon tu silentkanlah saja. Aku meninjau nama di name tag. Nama si pundek ni Iskandar. Nama macam maharaja tapi perangai macam mahapundek. Aku terus berlegar di ruang Lobby Mandarin Oriental. Si Ah Kaw ni mungkin sudah duduk di café. Terus aku sms, “Wei! Mana lu?”
 
     Tiba-tiba ada suara memanggil dari belakang, “Ali! Hei Sorry parking was a bit difficult. I thought Raya Cina it should be clear but still jam pack. Orang Cina semua tak dak semua balik kampung. Tapi Orang Melayu dan Orang India banyak shopping,” kata si Ramasamy dengan semangatnya.
 
     “Oh ye ke?” ujarku walaupun di dalam hati aku berkata, “Tak ada pun Orang India. Semua Orang Melayu aje yang melepak kat KLCC ni.” Segala macam ada. Mat Rempit, Student, Makcik dan Pakcik Tua dari kampung entah mana, dan juga bohsia-bohsia yang pakai makeup tebal macam opera Cina.
 
     “So, shall we wait at the café?”
 
     “Boleh. I think Ah Kaw dah sampai tunggu kat café tu. Kejap aku check sms. Oh ya! betul, ni sms dari Ah Kaw. He is already there. Come let’s go.”
 
     “What about Abu?”

     “Abu? Well, as usual, it’ll take him another half an hour before he arrives.” Kami berdua pun menghala ke arah café. Di pojok kanan ada pemain muzik jazz kumpulan berempat. Sorang bermain double bass, sorang piano, sorang saxophone dan sorang lagi gitar akustik klasik. Sedap lagu yang di mainkan. Lagu jazz lounge ala ala Norah Jones.
 
     “Hah! Tu dia Ah Kaw,” jerit si Ramasamy. “Hello brader! Gong Hei Fatt Choy! Why you don’t have to be with families ka?”
 
     “Aiyo,.. Rama,.. for you I leave my family.”

     “Aiyo brother. Don’tlah like that.”

     “Don’t worry lah. I have done my duties. The dinners. The Ang Pau’s. All done. I don’t have kampung anyway. Whole family here in KL. Hei you! Ali! Why so quiet?”
 
     “Hi! Gong Xi Fa Chai. Apa lu punya resolution Tahun Ular ni?”
 
     “Every year sama saja,… bikin duitlah. Orang Cina kerja bikin duit sajalah. Apa lagi?” kata si Ah Kaw sambil mempelawa kami duduk. “Waiter! Order! Order!” jeritnya kepada waitress perempuan.
 
     “Yes Sir, what shall you have for this evening?” tanya waitress yang name tagnya bernama Shida. Comel macam kacukan Siam-Melayu. Agaknya dari Kedah, ataupun Kelantan. Tak kisahlah,.. macam ada Siam-Siam sikit.
 
     “Give me Irish Coffee,” ujar si Ramasamy.

     “Give me Latte,” ujarku.

     “What about you Sir?”
 
     “I’m ok with this beer,” kata Ah Kaw yang muka merah macam lobster yang aku makan di Umbai, Melaka. Dah mabuk agaknya si Ah Kaw ni. Orang Cina memang senang muka merah bila minum arak. Sambil Ah Kaw dan Ramasamy berbual, sempat lagi aku mengeluarkan dairi aku untuk mencatat beberapa perkara yang aku kurang senang di KLCC, di Lobby dan di pintu Mandarin Oriental tadi, “No. 7 Cetak rompak berleluasa. No. 8 Tak reti silent telefon bimbit. No.9 Membuang sampah merata-rata.”
 
     “Wei! Apa ini? Kerja ka? Tulis-tulis dairi ini macam?” tanya si Ramasamy.
 
     “Bukan kerja. Ni aku tengah bengang ni. Macam-macam orang Malaysia ni tak reti. Nak kata Bodoh tak. Kerajaan bagi sekolah semua tapi perangai macam tak sekolah. Ni tengok ni list Top 10 benda-benda yang membengangkan di Malaysia,” kataku sambil menunjukkan muka surat dairiku kepada Ah Kaw dan Ramasamy. Mereka membaca sambil tersenyum lebar.

     “So, apa you mau buat? Hantar pegi bloggers kasi blog. Ataupun kasi masuk surat khabar, “ cadang si Ah Kaw.

     “Bro, lu cakap Top 10. Sini ada sembilan saja. Ok, ok, you tambah satu lagi nombor 10. Ini aku bengang punya. You taukan aku ni Hindu tapi everytime I pergi restoran, susah mau cari vegetarian food. Semua ada daging. Susah mau cari makan. Masyarakat Malaysia tak prihatin langsung. Sorry bro. I don’t mean to offend you or any Malays but everytime I go for Hari Raya, I can only eat the Nasi Impit with no kuah. Why? Because all kuah either Ayam or Daging. Aku makan lemang kosong saja,” marah si Ramasamy.
 
     “Hmmm.. betul jugak tu. Aku pun bengang kawan-kawan aku selalu call aku masa sembahyang Jumaat ataupun buat meeting pada masa yang tak sempat untuk aku habiskan sembahyang Jumaat ataupun tak sempat untuk pergi sembahyang Jumaat. Selalunya yang bukan Muslimlah,….. errrrrrr…. termasuk kau Ah Kaw,” kataku sambil memerhatinya.
 
     “Aiyo, sorrylah brother. Gua Free Thinker ma. Gua tak pikir ni semua,” kata si Ah Kaw sambil tersenyum lalu sambung berkata, “Ehhh,… you sembahyang Jumaat ma? Bila? Tak pernah tau pun? Dulu selalu lunch hari Jumaat dekat Brickfields lu ada.”
 
     “That is besides the point,” kataku dengan panas baran.
 
     “Oklah, oklah. Nanti gua ingat. Hari Jumaat gua tak mau call you langsung and bila gua buat party, gua kasi vegetarian food sama lu Ramasamy. Ok?”
 
     “Hahahahahaha,” gelak Ramasamy sambil berkata, “It’s OK bro. Just make sure the whisky is there. Whisky is vegetarian. Even Ali here can drink. Right Ali?”
 
     “Errrrrrrr……,” tersenyap aku tak tentu samada nak bagi tau yang aku, ataupun si Ali ni, dah berhenti minum arak, ataupun tidak. Aku terus tidak mengendahkan soalan tersebut lalu menulis dan berkata, “Ok Rama, I letak nombor 10, Tak prihatin kepada agama bangsa lain. OK?”
 
     “OK, lu kasi hantar itu list to CEO newspaper Warta Maya Times,.. what’s his name? Ah ya!! Tuan Syed Amizal.”
 
     “Ehhh,.. dia dah tak CEO lah Aravin. He left. CEO is now this Australian Chartered Accountant dude from Tasmania. An Australian caucasian who converted to Islam. What’s his name,… Mazlan Abdullah. By the way, Tuan Syed now is Yang Berbahagia Dato’ Syed ok. He is now CEO of a mining company. Tak ingat mining apa. Rasa-rasanya petroleum kot,” kataku dengan tidak tentu samada maklumat-maklumat tersebut benar atau tidak. Semuanya bergantung kepada otak si Ali ni. Dah lebih sebulan. Aku tak pasti samada masih segar atau tidak maklumat si Ali ni di dalam kepala otak dia.
 
     “Ok, ok, whoeverlah. Send, send the email now,” kata si Ramasamy. “I want Number 10 to be published. Bloody Hell. About time people put vegetarian section in all menus in this country,” ujarnya lagi dengan penuh kebengangan.
 
     “Ok, tunggu. You borak-borak dulu,” kataku kepada Ah Kaw dan Ramasamy sambil menaip email kepada Mazlan@wartamayatimes.com.my seperti berikut:

      ----------
 
     Brother Mazlan.
 
     Need some help. Can you get your people to publish something? An article perhaps?
     On the behaviours of Malaysians that need remedy urgently surrounding the below:
 
     Benda-benda Yang Membengangkan di Malaysia
 
     1. Trafik jam. Public Transport macam haram.
     2. Parking yang tak cukup.
     3. Perangai macam gampang bila nak masuk lif.
     4. Tandas awam kotor.
     5. Tak da courtesy tunggu Q.
     6. Tak respek masa.
     7. Cetak rompak berleluasa.
     8. Tak reti silent telefon bimbit.
     9. Membuang sampah merata-rata.
     10. Tak prihatin kepada agama bangsa lain.
 
     p/s: I hope your Malay is still good in understanding the above. If not, get your wife, Norzaila,
     to translate it for you :)
 
     Salam,
 
     Ali

     -----------
 
     Aku harap si Mazlan ni paham senarai tersebut yang aku salin bulat-bulat dari dairi aku tadi. Mazlan ni boleh bertutur dalam Bahasa Melayu tapi Bahasa Melayu Indonesia sebab pernah dia belajar di sekolah di Australia dulu.
 
     “Ok done. Let’s wait for it to be published in Warta Maya Times. I hope they have space for buggers like us. Lately ni Warta Maya asyik penuh dengan cerita kerajaan. Tak kira lah baik atau buruk. Semuanya pasal kerajaan ataupun pembangkang. Nak election. So semua pasal politik.”
 
     “Ya lah politik. So when are you joining politics Ali?” tanya si Ah Kaw.
 
     “Never,” lantas jawabku. “My father once told me, politicians don’t mean what they say and don’t say what they mean. Not my style lah Bro.”
 
     “Aiyo, howlah? If you are not in politics, how to get projects? You go into politics, get some projects, we put under Abu’s name, but we subcon half to Ah Kaw and half to my company. That way semua buat duit kan?” cadang si Ramasamy.
 
     “No lah brothers. That’s is not right. Banyak lagi cara nak buat duit. Rama, how’s your IT company doing?” tanya aku mencari jalan senang untuk melupakan cadangan syarikat Alibaba tadi.
 
     “Ok lah. My company works well with Ah Kaw’s. We exchange jobs whichever way that makes sense. Both makes money. My Company deals with exporting whereas Ah Kaw’s deal with manufacturing.”
 
     “Oklah tu. Sudah kaya. Apa lagi mau cari duit?”

     “Memang duit banyak. Tapi mau terus usaha ma? Kalau content, apa kata orang Melayu? Ala Kadar? Mana boleh. Mau terus usaha ma,” kata si Ah Kaw.
 
     “Betul, betul. Orang Melayu senang give up. Bila ada duit sikit dah hilang akal. Lupa daratan. Terus beli Ferrarilah, Lamborghinilah, banglo sana-sini tapi hutang masih keliling pinggang. Bila economic crisis, semua lingkup. Macam masa 1997 dulu. Berapa banyak orang bankrup sampai kena jual semua rumah, bisnes semua,” kataku.
 
     “Ya lah, itu bank semua kroni orang Melayu semua. Kasi pinjam duit banyak-banyak tapi credit assessment tak buat betoi-betoi. Lepas tu tax payers melalui Danaharta kena bail out semua NPL. Aiyooo….” kata Ah Kaw.
 
     “Bukan Melayu saja Ah Kaw. Orang Cina pun banyak yang sangkut sama itu NPL. You jangan mau salahkan orang Melayu saja. Lagipun, kalau you kira-kira, what we, tax payers, had to do was just pay twelve Ringgit per month for eight years to save the country from being dragged into economic slavery that could have deprived us freedom forever... twelve Ringgit means nothing... six cups of coffee per month... no big deal! Untuk kos Danaharta tampung itu NPL. Ok apa? A cheap sacrifice to save the country’s banking industry. Kalau tak habis itu Americans and Jews control Malaysian banking sector,” kataku mempertahankan orang Melayu. “Tapi ada jugak orang Melayu yang tak bagus. You pernah baca itu buku Malay Dilemma by Tun Mahathir? Status ekonomi orang Melayu mundur. Itu sebab kena selaraskan dengan status ekonomi orang bukan Melayu. Sejak dulu lagi British asing-asingkan kita. Orang Melayu di kampung. India di estet. Cina di bandar. Sudah tentu orang Cina bikin duit banyak sebab kerja lombong, beli tanah, beli rumah, semualah. Kalau dah beratus tahun macam tu, memang susah orang Melayu nak catch up. Kena ada handicap sikit. Macam main golf,.. Haaaa, itu macam.”

     “Ya betoi Ali, tapi sampai bila? Malaysia sudah Merdeka 55 tahun. Sampai bila Cina sama India mau dalam second class citizen? Ramai yang pandai-pandai sudah lari pergi Australia. Orang Melayu banyak dapat scholarship tapi banyak tak respect itu scholarship. Fail sana-sini balik tak dak qualification. Rugi. Itu duit kalau bagi scholarship sama Cina mesti tak rugi sebab Cina value itu wang. Mesti dia study baik punya,” kata Ah Kaw dengan penuh kesal.
 
     “Ah Kaw, betul tu tapi we have to realise, no matter how we try to harmonise, orang Melayu still belum sampai par lagi. You sudah double boggie, birdie semua, ini Ali still double par, hahahahaha,” buat lawak pulak si Ramasamy ni.
 
     “Orang Cina memang pandai bisnes. Memang dari Negara China dulupun sudah terpaksa cari jalan buat duit. Musim kemarau, musim sejuk, perang, ribut taufan, dan pelbagai lagi masalah yang orang Negara China perlu tempuh. Di Malaysia ni, ataupun di Tanah Melayu ni, Melayu hidup senang di kampung. Nak ikan ada di sungai. Nak ulam ada di hutan. Nak ayam, berkeliaran di kampung. Nak padi, tu dia sawah terbentang luas. Otak Melayu tak perlu stress cari penyelesaian untuk masalah-masalah macam orang di Negara China tu. Itu sebab orang Melayu tak kerja di lombong. Mungkin mereka ingat itulah yang terbaik tapi sekarang Cina yang kaya. Cina yang hanya mungkin 20% penduduk Malaysia memegang kekayaan sebanyak 80%. Tak harmoni,” jelas ku mengikut apa yang aku ingat dari buku Malay Dilemma.
 
     “Ya saya paham Ali. Tapi, orang Melayu ingat kita orang Cina tak sayang Malaysia. Memang kita keturunan immigrant tapi, I was born here man. This is my country. My loyalty lies with Malaysia, not China. You pun bukan seratus peratus Melayu kan?”
 
     “Hmmm…. I am one sixteenth Chinese and one sixteenth Indian,” jelasku.
 
     “Ahhhh,.. no wonder you can drink whisky like a fish… it’s your Indian blood lah macha!” lawak si Ramasamy lagi.
 
     “There, what makes other Malays think they are not decendants of immigrants? Mungkin tok nenek mereka berlayar dari Siam, Jawa, Acheh ataupun Sunda? If that is the case, kita semua immigrants betul? So why must there be hak istimewa orang Melayu ataupun Bumiputera?” tanya Ah Kaw dengan seriusnya.

     “Hello boys? Wah!!!! Why so serious hah? Why are you asking about Bumiputera thinggy huh Ah Kaw?” tanya si Abu yang baru sampai tapi dari tadi berdiri di belakang mendengar bualan kami.

     “Nolah Abu. I am ok with the Bumiputera status. Cuma kita mau bincang secara positif macamana Malaysia boleh jadi harmoni. Electionkan dah dekat. Banyak Cina like myself, we ask all these questions. Banyak jugak yang lari pergi Australia, pergi London, Amerika dan lain-lain Negara.”
 
     Abu pun menarik kerusi dan terus duduk. Dengan tenangnya dia berkata, “Macam nilah, kalau dia pergi Australia sekali pun, jadi minority jugak kan? Baik duduk Malaysia. Kerajaankan dah bagi banyak insentif untuk non-Bumi. Sampai PM pun dah buang quota 30% ekuiti di pasaran. Itu big sacrifice tau. Bukan senang. Ramai Melayu tak senang. Kalau turun dari 30% ke 20% mungkin ok tapi ni kesemua 30% hilang untuk orang macam you dengan Rama. You mau fair game kan? So fair gamelah tu. Tapi still, economic status of the Malays still pudar. Sepudar haze hutan yang terbakar. So, wujudlah Ekuiti Nasional untuk tolong orang Melayu ataupun Bumiputera untuk beli some of the ekuiti di pasaran. Aku rasa ok macam tu.”
 
     “Ya betul. I think you have the point there. I boleh paham tapi banyak orang Cina tak boleh paham,” kata Ah Kaw.
 
     “Ya, orang India pun banyak tak nampak that sacrifice of 30%. Diorang masih mempersoalkan Bumiputera,” jampuk si Ramasamy. “Banyak lagi hal-hal yang orang bukan Melayu pertikaikan. Seperti Freedom of Speech. Kenapa orang bukan Islam tak boleh guna perkataan Allah? Sebagai contohnyalah”
 
     “First of all Rama, you are a Hindu not Christian. Orang-orang yang buat bising ni semua orang Christian tapi bukan yang kat Sabah, Sarawak tu. Ni yang buat bising yang kat Penang. Kalau takat Sabah dan Sarawak nak guna word Allah sebab dari dulu lagi Bible diorang macam tu takpelah jugak. Ni yang kat Semenanjung nak bising. Nampak sangat the matter is being politicised. Betul tak?” tanya si Abu.
 
     Aku bila bab debat-debat agama dan bangsa ni aku biar aje si Abu yang memang terror dari dulu lagi. Senang kerja aku. Tak payah aku debat dengan si Ah Kaw dan Ramasamy ni. Lagi pun si Ali ni dulu kaki judi, kaki minum dan kaki perempuan. Kalau si Ali ni nak berdebat dengan rakan-rakan sejudi, seminum, seperempuan, nampak macam hipokritlah pulak kan? Sekurang-kurangnya Abu ni tak tinggal sembahyang punya orang. Abu meneruskan ceritanya lagi, “Orang putih datang sini habis dirompaknya dari Orang Melayu. Dulu Melayu kuat di bawah Empayar Melaka. Sekarang semua lingkup. Habis British bagi semua untuk orang Cina yang di bandar.”

     “Abu, walaupun macam tu, Malaysia ni maju sebab orang Cina di Bandar jugak. Kalau tak silap, mengikut buku Tan Twan Eng, The Garden of Evening Mists, Orang Cinalah yang buka Bandaraya Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan orang Cina jugalah yang bawak business masuk ke Malaysia melalui impot dan ekspot timah. Don’t pretend you didn’t know this Abu,” marah si Ah Kaw.
 
     “Ya betul. Tak ada sapa yang deny. Orang Cina still ada peluang buat business. Still boleh kaut kekayaan. Kita cuma mintak orang Melayu diberi sedikit ruang untuk catch up…. Apa orang kata?.. Errrrr…….”
 
     “Handicap,” sambutku dengan pantas.

     “Yes! Handicap macam dalam golf tu. Yes! Itu analogi yang terbaik. Ali ni memang pandai analogi-analogi ni semua. Kita kena selaraskan status ekonomi semua bangsa kat Malaysia ni. Kalau tak jadi macam 1969 tu dulu. Habis gaduh. Habis mati. Tak ke susah? Melayu mengamuk sebab makin ditindas kemiskinan, masa tu lah.”
 
     “Itu 13 May punya hal bukan komunis punya hal ka?” tanya si Ramasamy.

     “Ada jugak pasai komunis tapi mostly pasai Melayu kemiskinan berterusan dan Cina control ekonomi,” ujar si Ah Kaw.
 
     “There you go. The more reason why we should make sure the economic disparity is being addressed right?” kata si Abu lagi. “It may not be justice but it is certainly equality and fairness. For example, look at the Australian Aboriginals. They have many indigeneous rights. Why? Because the Australian parliament acknowledges that their economic status has been curtailed so badly that they need some boost,” kata si Abu lagi.
 
     “Tapi Australian Aboriginals tu dah gone case brother. Semua dah jadi kaki mabuk. Yang boleh pakai pun si musician tu, apa nama? Yotu Yindi?” kataku untuk melenturkan ketegangan di antara Ah Kaw dan Abu. Perbualan kami mengenai bangsa, keturunan, agama, hak rakyat, ekonomi, politik dan keharmonian negara berterusan sehingga lewat petang. Makan tengahari kami pun lewat pada pukul empat petang sebab asyik melayan debat. Walau sengit sekalipun perdebatan di antara empat sekawan ini, akhirnya semua setuju yang konsep 1Malaysia yang disarankan oleh YAB Najib Razak perlu dipraktikkan. Kalau tidak, macamana lagi nak progress? Macamana lagi nak maju? Takkanlah orang Cina semua nak lari pergi Australia? Takkan orang India semua nak lari pergi Manchester? Melayu? Melayu Malaysia sudah tentu tak suka pindah ke Brunei ataupun Indonesia. Nak tak nak, ketiga-tiga bangsa ini perlu mencari penyelesaian. Perlu dapatkan formula yang berkesan dan yang boleh diterima-pakai. Semua perlu belajar dari sejarah. Kita tak mau peristiwa merah 13 May berlaku lagi.

     Sungguh aneh manusia pada firasat aku. Keturunan dan warna kulit menjadi isu. Sehingga ada yang sanggup menetak dengan parang. Bukan itu sahaja. Agama juga memainkan peranan yang kuat dalam memperjauhkan lagi keeratan diantara bangsa-bangsa ini. Itulah yang susah untuk aku paham. Sebagai tetamu dari planet lain, memahami manusia ini amat susah, apatahlagi di Malaysia yang bermasyarakat majmuk ni. Di planet aku dulu, Planet P, warna tak menjadi masalah. Agama tidak wujud seperti mana yang ada di Bumi ini. Agama mungkin wujud dalam bentuk disiplin untuk terus maju dengan konsep-konsep dan tatahidup yang efektif dan efisyen sahaja. Soal ekonomi adalah kolektif kesemua penduduk Planet P. Apa yang wujud apabila isu kemanusiaan ini dikaburkan oleh agama dan bangsa ialah semangat perjuangan. Walaupun manusia lemah akibat wujudnya perbezaan, mereka menjadi kuat atas nama perjuangan. Di dalam keanehan manusia ini aku dapat rasakan yang kewibawaan rakyat di Malaysia ini amat kuat kerana selepas lima puluh lima tahun Merdeka, mereka masih boleh hidup dengan penuh harmoni.


* * * * *



0 comments

Post a Comment

There was an error in this gadget

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates