YANG BERHORMAT
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2020 untuk sajak oleh Jo Haq 1998
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
Yang Berhormat
Yang Berhormat
" Awat ketegaq sangat? "
Sudah lama di atas
Sudah tiba masa turun
Kalau duluTunku turun
Sebab dah tepu sumbangan
SekarangYang Berhormat turunlah
Sebab dah terlebih tepu sumbangan
Yang Berhormat
" Awat tak puaih-puaih? "
Harta dah keliling pinggang
Nama dah keliling dunia
Umur dah keliling abad
Tinggal nak keliling kubur sahaja
Turunlah beribadat
Yang Berhormat
" Awat tunggu lama-lama? "
Banyakyang tunggu nak mengganti
Bukan kerusi sekarang sejakazali
Dan bukan kerusi sekarang kekal abadi
Kalau niat nak jadi mentor
Kenapa amali macam nak jadi diktator?
Yang Berhormat
" Awatlah hang loklaq sangat? "
Jo Haq, Wembley 1998
0 comments