KEGILAAN MELANDA

Tuesday, August 17, 2021 at 11:07 AM


Kegilaan Melanda

Di dalam diri setiap kita
Pasti ada orang gilanya
Dia sembunyi di pojok minda
Menyepi tidur bagaikan dilupa
Tidak mahu dibangunkan sahaja
Tetapi apabila tidak disangka
Di waktu hidup sengsara
Orang gila itu bangkit menyala
Menyalak dan meroyan belaka
Melanggar kewarasan alam semesta
Merabun jiwa bagaikan cinta buta
Menitiskan kehibaan air mata
Mengecilkan diri bak tungau hama
Sehingga kita lupa Tuhan itu ada
Hisaplah berbalutan ganja
Atau teguk arak durjana
Orang gila itu masih sedia ada 
...... dan sediakala
Dia tidak akan ke mana-mana
Cuma tinggal pada kesedaran kita
Untuk waspada dan berdoa


Oleh Jo Haq
14 Ogos 2021
10:04 pagi
KL Eco City




0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates