PEJAMKAN MATA WAHAI MAK

Wednesday, December 8, 2021 at 2:34 PM


Pejamkan Mata Wahai Mak

Wahai Mak
Pejamkanlah mata
Lihatlah mimpi-mimpi indah
Usah dirisau masalah dunia
Usah dihirau rendang di dapur
Senyumlah sepuasnya
Bayangkan yang molek belaka
Dan sampingkan ia dengan doa
Agar apabila dibuka mata
Menyerlah dunia
Bersama Bapak dan anak-anak
Bersama menantu dan cucu-cucu
Yang riang selalu
Berkat doamu Mak

Oleh Jo Haq
8 Disember 2021
2:23 petang
Brickfields



0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates