SELEPAS BANJIR PILU

Monday, December 20, 2021 at 10:16 AM


Selepas Banjir Pilu

Langit masih lagi kelabu
Diselubungi kalbu biru
Habis semua haru-biru
Manusia pun berkecelaru
Berlari dari bah yang pilu
Kita bertanya apa salahlaku?
Dosa dan hidup berliku
Bila malapetaka di pintu
Yang redha dan yang sendu
Semuanya pasti berlaku
Mengingati apa yang diperlaku
Dan kekurangan terdahulu
Kini melawat kita yang tak mampu
Meneruskan hidup merapu
Menantikan hujan untuk berlalu
Mengharapkan apa yang perlu
Selepas banjir yang pilu


Oleh Jo Haq
20 Disember 2021
10:10 pagi
Brickfields




0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates