SALAM YA! AMIN

Saturday, April 8, 2023 at 12:40 PM

 


Salam Ya! Amin


Di dalam naluri ini

Bergelonjak sentiasa

Perasaan gundah

Tiada indah

Sudahnya.....

Tiada lagi ketenteraman

Bergolek-golek tubuh

Menoleh ke sana dan ke sini

Melayang-layang fikiran

Berterbangan menawaf langit

Menyerah dan meredah

Apa yang ada kepadaNya

Kerana Dia melihat

Segala episod insanNya

Mencari dan merumus

Dengan Tiga Ribu Sebutan

Al-Ghafir Empat Puluh Empat

Diminta simpang Malaikat

Empat Puluh Empat

Menidakkan kehitaman

Menolak penyerangan

Meng'Amin'kan permintaan



Oleh Jo Haq

8 April 2023

12:30 tengahari

Bukit Gita Bayu

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates