HELLO! KAWAN

Wednesday, October 18, 2023 at 12:33 PM

 

Hello! Kawan


Hello! Kawan

Lama tak dengar pesanan

Apa khabar gerangan?

Sihat lagikah ingatan?

Atau bermuram panjangan?

Jangan asyik terperuk sakan

Nanti tumbuh cendawan

Dan beranai-anai kekayuan

Janganlah hiraukan kuman

Atau pedulikan vaksin labunan

Ingat sahaja pahit kopi jantan

Berhirup cangkir dengan kawan (ini)

Berlawak dan bersembang-sembangan

Fasal keluarga, hari terdahulu dan Tuhan

Semoga sempat bermaafan

Kerana Dia penentu umur kita insan 

Yang asyik dalam renungan



Oleh Jo Haq

18 Oktober 2023

Brickfields

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates