Kesabaran
Aku berjalan di lorong-lorong
Di malam yang murung
Memikirkan apa yang harus dilakukan
Untuk menebus apa yang diperlukan
Serabut kepala apabila dikepong
Dan aku benci dikongkong
Perlukah apa-apa rumusan?
Lorong itu tetap juga sama
Mungkin hanya ditukar nama
Maka tidak perlulah aku membuang masa
Kerana rindu itu membara
Kerana rindu itu sengsara
Kerana rindu itu sentiasa
Kerana dia milik Dia
Oleh Jo Haq
10 Oktober 2023
10:47 pagi
Brickfields
0 comments