TAHUN BAHARU?

Tuesday, January 2, 2024 at 10:28 PM


Tahun Baharu?

Ke mana kah arah tujuan (kita)?
Berapa lama lagi nak bersengketa?
Biarkan terus tidak bertegur-sapa?
Sehingga salah satu (dari kita) mati?
Masih lagi rakus mengumpul harta?
Dua perpuluhan lima peratus sudah kira kah?
Atau simpan sahaja riba untuk lebih kaya?
Ayah dan ibu di kampung bila lagi nak dijenguk?
Ataupun lalang habis menyelubung kubur (mereka)?
Wak Sulaiman penjaga kubur pun masih menunggu?
Anak-anak (kita) pun terus jua kurang ajarnya?
Bila pula nak disematkan budaya yang luput?
Disuruh mengaji, tapi masih terbeliak depan skrin?
Mahukah kita kira-kira untuk mengganti sujud?
Atau menabur beras bila tidak melaparkan diri?
Ataupun lebih baik ke London dari ke Mukarramah?
Mungkinkah azam baharu kali ini berlainan?
Masih releven lagikah enam petak di perut?
Ataupun kulit melepak disuntik pelbagai?
Sesungguhnya haruskah kita bertanya?
Persoalan-persoalan hidup dan mati kita?
Ataupun tembak sahaja bunga api di langit?
Untuk tahun yang kononnya baharu?


Oleh Jo Haq
2 Januari 2024
10:22 malam
Bukit Jelutong

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates