SEBAB KITA SAYANG

Thursday, March 14, 2024 at 7:34 AM

 


Sebab Kita Sayang


Kita marah dengan anak

Perangainya malas mencanak

Mahu dicorakkan otak

Sebab kita sayang anak


Kita membebel dengan isteri

Belanjanya boros tak terperi

Mahu dibendung kata hati

Sebab kita sayang isteri


Kita gelojoh wang dan harta

Lumayannya terbeliak biji mata

Mahu dikumpul macam Si Qarun Izha

Sebab kita sayang dunia


Kita mencabut lalang di pusara

Sejak kita bayi sabar mereka membela

Mahu kita tebus apa yang alpa

Sebab kita sayang ibu dan bapa


Kita meroyan fasal Kerajaan

Politikusnya hancing labunan 

Mahu dirombak keterampilan

Sebab kita sayang nilai kebangsaan


Kita sujud dan berdoa

Kumitannya nangis tak berirama

Mahu ditaubat dari segala dosa

Sebab kita sayang yang Maha Esa



Oleh Jo Haq

14 Mac 2024

7:26 pagi

Bukit Jelutong



0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates