Alam Menemani Aku
Alam bagaikan mengikut rentak irama
Apabila aku merasa gembira
Mentari bersinar cerah saksama
Apabila aku resah gelisah
Awan berarak mendung belaka
Apabila aku sedih gundah gulana
Hujan menembak halilintar
Apabila aku tenang di jiwa
Malam menyusur gelap gelita
Alam bagaikan mengikut rentak irama
Seolah-olah mengiakan apa sahaja
Menemani aku, suka atau duka
Mengikuti aku, riang atau nestapa
Mendorong aku supaya redha
Mengingatkan aku kepada yang Esa
Oleh Jo Haq
22 Ogos 2024
2:24 pagi
Bukit Jelutong
0 comments