Menidakkan Merdeka
Alam memerhati kita
Membisik alunan rintihan
Sejak dahulu kala
Sehingga penghujung zaman
Namun tidak diendahkan jua
Terus menerus kita memusnah
Sesekali Alam sudi mendidik kita
Di Gunung Sinai
Ia semarak menyemai
Di Pohon Bodh Gaya
Ia kembang menjana
Di Gua Hira'
Ia sayup merombak
Angkuhnya kita tak terkira
Bagaikan katak dididih perlahan
Sehingga kelak pengakhiran
Hanyalah segumpal daging busuk
Tak bernyawa
Tak bermakna
Tak bermakrifat
Tak berkemerdekaan
Oleh Jo Haq
31 Ogos 2024
5:13 petang
Bukit Jelutong
0 comments