BILA BOLEH BERJUMPA SEBELUM KITA MATI?

Wednesday, December 13, 2023 at 5:54 PM

 

Bila Boleh Berjumpa Sebelum Kita Mati?


Wahai Kawan!

Bila boleh berjumpa sebelum kita mati?

Sang Saka Harimau termenung

Dilihatnya awan kelabu

Berarak melintas langit

Seakan-akan menghalang

Jalur-jalur cahaya mentari

Daripada diterimanya nikmat

Makhluk di atas bumi

Mereka menunggu sakan

Agar mingirnya awan tebal itu

Semoga ianya tidak jatuh

Rebah membasahi tanah

Harapnya beredar jauh

Agar bersinar kembali

Cahaya-cahaya silaturrahim

Sesama insan-insan yang hina

Sang Saka Harimau mengaum lembut

Wahai Kawan!

Tunggu sahaja awan itu berlalu


Oleh Jo Haq

13 Disember 2023

17:52 petang

Shah Alam

0 comments

Post a Comment

BUANASENI | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Deluxe Templates