Pergi Tiada Kembali
Apabila rebahnya langit ungu
Terjurailah rahsia alam
Jatuh menimpa bumi
Menghancurkan zat-zat
Yang selama ini dipersendakan
Maka bahlah tanah hijau
Diragutnya semua nikmat
Hilang, pergi dan menjauh
Ghaib tak tercapai apa pun
Seolah-olah alam ini yakin
Bahawa ia bermakrifat
Kerana semua yang diberi(Nya)
Nescaya akan diambil
Pergi tiada kembali
Oleh Jo Haq
13 Disember 2023
15:15 petang
Shah Alam
0 comments