SEKEPING KERTAS HARGA DIRI
Siri Musafir X
Lakaran oleh Johan Ishak 2019 untuk sajak oleh Jo Haq 1998
Dakwat atas kertas 20cm x 15cm
Sekeping Kertas Harga Diri
Dua puluh tiga tahun aku wujud
Dengan hanya hidup mengejar kertas
Sekeping kertas harga diri
Tapi belum cukup
Semua orang begitu
Aku hanya sebiji beras
Dalam segantang beras yang lain
Bukan begitu?
Dua puluh tiga tahun aku wujud
Empat puluh enam tahun lagi nyanyuk
Bila agaknya aku berhenti?
Tapi belum cukup
Semua orang begitu
Aku hanya seperti lebah
Yang bila-bila masa sahaja mampus
Bila menyengat
Bukan begitu?
Dua puluh tiga tahun aku wujud
Aku masih ikhtiar mengejar kertas
Sekeping kertas harga diri
Semua orang begitu
Bukan begitu?
Jo Haq, Wembley 1998
0 comments